Pemilihan Umno tetap Mac 2009 Najib

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perhimpunan Agung Umno akan tetap diadakan pada Mac ini seperti yang dijadualkan.

"Setakat ini, tiada perubahan tarikh perhimpunan iaitu pada Mac ini," katanya ketika menjawab soalan media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Felda di Balai Felda, di sini, semalam.

Ketika ditanya sama ada hal tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 30 Oktober ini, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno enggan mengulas lanjut.

"Kita boleh berbincang apa sahaja tapi kita akan mengadakan pemilihan pada Mac ini," katanya.

Berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mesyuarat khas yang diadakan malam semalam, Najib berkata, segala persoalan berhubung Umno akan dijawab dalam mesyuarat MT nanti.

Umno akan mengadakan mesyuarat MT pada 30 Oktober ini.

Malam semalam, MT turut mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tentang usaha pemulihan parti ekoran prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum Mac lalu.

Mesyuarat kira-kira tiga jam bermula jam 8.40 malam itu dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan