Manifesto palsu Najib puas hati terima permohonan maaf

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan beliau menerima permohonan maaf yang dikeluarkan oleh pihak editor laman berita Malaysiakini berhubung berita 'manifesto' yang menyokong penawaran bagi jawatan Presiden Umno.

"Saya menerima permohonan maaf tersebut, keduanya saya ingin nyatakan wartawan yang meletak jawatan berhubung artikel itu menunjukkan nilai profesionalisme yang tinggi kerana bersikap bertanggungjawab atas cerita yang tidak benar itu," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Wong Choon Mei, wartawan Malaysikini yang menulis laporan palsu mengenai 'manifesto' Najib, meletak jawatan semalam sebagai memikul tanggungjawab berhubung kesalahan yang dilakukannya.

Bagaimanapun Najib masih mempersoalkan dalang sebenar yang bertanggungjawab mengenai perkara ini.

"Persoalannya pihak yang sebenarnya bersalah keluarkan cerita ini masih bersembunyi dan kita tak tahu siapa yang bertanggungjawab," katanya.

Malaysiakini telah menyiarkan email yang kononnya dihantar 'kumpulan yang menyokong Najib' mengandungi 'manifesto' yang kononnya dikaitkan dengan Najib.

Ditanya pandangannya mengenai perkara ini yang dilihat seolah-olah tindakan terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk memburukkannya, Najib berkata beliau menerimanya dengan terbuka.

"Tak apalah, mungkin sehingga bulan Mac ini saya kena hadapi macam-macam," katanya sambil menyatakan sudah pasti tidak ada pihak yang ingin menghadapi perkara seumpama itu.

Bagaimanapun Najib berpuas hati dengan permohonan maaf dan sikap bertanggungjawab wartawan tersebut mengenai perkara ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan