Insiden baling kerusi mesyuarat Bahagian Umno Lembaga Disiplin belum terima laporan

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung insiden baling kerusi dan kekecohan yang berlaku di dua persidangan Umno bahagian masing-masing bagi persidangan Wanita Bahagian Kuala Selangor dan Perwakilan Pemuda Bahagian Rantau Panjang hujung minggu lalu.

"Saya ada dengar hal berkelahi itu berlaku tapi setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan mengenainya," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada tindakan tersebut menyalahi tataetika Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen berkata, beliau tidak boleh menentukannya buat masa ini.

"Tengok la keadaan. Kita tak tahu ada kes atau tidak kerana kita tidak menyaksikannya sendiri," katanya.

Lembaga Disiplin Umno akan mengadakan satu sidang media pada pukul 10 pagi esok di ibu pejabat Umno, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Sabtu lalu, Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap bahagian itu, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan bagi menghadiri mesyuarat bahagian.

Sehari sebelum itu, persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang turut menyaksikan tindakan agresif sekumpulan individu dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati mereka membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah hingga menyebabkan pihak polis terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan