Hindraf gesa kerajaan serah semula pasport Moorthy

Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf) hari ini menyerahkan memorandum bagi menggesa kerajaan menyerahkan semula pasport antarabangsa milik pengerusinya, P. Waytha Moorthy yang kini berada di Britain bagi mendapatkan perlindungan.

Wakil pertubuhan itu, N. Thianenthan mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung status sebenar pasport milik Waytha.

"Tempoh hari beliau bercakap di Parlimen dengan mengatakan bahawa pasport Waytha tidak dibatalkan.

"Ternyata beliau berbohong dan hari ini kami membawa surat daripada pejabat Menteri Dalam Negeri United Kingdom (UK) untuk menunjukkan bukti yang kukuh bahawa kedutaan Malaysia di UK mengarahkan supaya pasport beliau dibatalkan," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Gesaan ahli keluarga Waytha dan penyokong pertubuhan itu dilakukan bagi mengembalikan hak pemimpin Hindraf itu untuk pulang merayakan Deepavali bersama anggota keluarganya.

"Jadi kami minta supaya beliau diberikan semula haknya untuk balik dan bebas ke mana sahaja terutamanya untuk merayakan Deepavali yang semakin hampir," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada mulanya, Syed Hamid mengeluarkan kenyataan bahawa pasport Waytha telah tamat tempoh, namun mengeluarkan kenyataan kedua di Parlimen bahawa pasport itu tidak dibatalkan.

"Beliau selaku Menteri kanan boleh berbohong sedemikian. Beliau harus disiasat dan ditahan di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menghasut," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata beliau akan membawa usul tersebut di Dewan Rakyat supaya Syed Hamid dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana berbohong di Parlimen.

"Kita akan membawa usul ini sama ada hari ini atau esok untuk dibahaskan," katanya.

Dalam sidang media yang sama, kumpulan tersebut turut meminta Kementerian Dalam Negeri menarik balik pengharaman Hindraf.

Mereka turut meminta supaya lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan.

"Memandangkan Deepavali sudah dekat, jadi kami harap mereka dibebaskan segera sekurang-kurangnya sebelum Deepavali," katanya.

Sebelum itu, kumpulan tersebut melepaskan dua ekor burung merpati putih sebagai simbolik menuntut kebebasan Waytha dan pemimpin Hindraf yang ditahan ISA.

Mereka memasuki bangunan Parlimen kira-kira pukul 11.30 pagi dengan campur tangan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu Sivarasa, Lim Kit Siang dan N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mereka juga membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan sebagai 'duta kecil' menuntut ISA dimansuhkan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan