Tempoh kempen panjang Abdullah belum terima penjelasan Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenyataannya bahawa tempoh empat bulan berkempen sebelum pemilihan Umno Mac depan terlalu panjang.

"Itu kata beliau, tapi sampai hari ini belum ada apa-apa (penjelasan) lagi," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Aeroangkasa Negera di Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin yang merupakan calon Timbalan Presiden Umno berkata beliau sedia untuk menemui Presidennya itu bagi membuat penjelasan mengenai pendirian sebenar beliau berhubung kenyataannya yang dianggap telah disalah ertikan oleh beberapa pihak.

Muhyiddin berkata beliau sentiasa menghormati pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui dan menegaskan bahawa ulasan yang dibuatnya itu semata-mata berkaitan tempoh berkempen.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Muhyiddin.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Abdullah juga diminta mengulas mengenai cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk mengawalkan tarikh pemilihan Umno yang dijadualkan Mac depan.

Beliau hanya berkata: "Tak ada...tak ada sebarang cadangan."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan