Nurul Izzah Optimis Pakatan bentuk kerajaan pusat penyokong pula mahu cepat

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang dikenali dengan gelaran "Puteri Reformasi" sejak satu dekad lalu, masih optimis sasaran ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pusat baru di bawah Pakatan Rakyat.

Malah, beliau yakin ia akan menjadi realiti, kemungkinan besar sebelum pilihan raya umum ke-13.

Nurul Izzah yang menyertai politik selepas Anwar dipecat dan dihadapkan ke mahkamah juga menolak andaian bahawa pihak pembangkang bertindak dengan "terlalu gopoh" dalam mencapai sasaran berkenaan.

"Kami sering dikritik kerana bergerak terlalu lambat... memang ramai yang mahu tarikh 16 September dilaksanakan dengan cepat.

"Kami mahu mengikut cara berhemah dan menghormati Perdana Menteri, dan mahu beliau mengadakan perbincangan dengan pembangkang," kata beliau kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.

Nurul Izzah yang bertanding kali pertama dalam pilihan raya Mac lalu dan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara peribadi beliau yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku.

"... tidak kira masa. Pada saya mereka boleh melakukan pelbagai cara untuk menahan, melengah-lengahkan lagi tetapi bagi saya perubahan akan tetap berlaku.

"Saya rasa kemungkinan besar (sebelum pilihan raya akan datang). Apa pun kita akan terus dengan agenda kita, teruskan usaha," kata beliau dalam pertemuan di kediaman Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Segambut.

Ibu Nurul Izzah, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan anggota Dewan Rakyat sehingga Ogos lalu.

Kerusi itu dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu.

Pada April lalu Anwar mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September tetapi ia menjadi pada tanggal tersebut.

Anak sulung Anwar ini menjelaskan, usaha membentuk kerajaan baru perlu dipercepatkan bagi membolehkan perubahan-perubahan politik dan ekonomi yang diinginkan rakyat boleh dilaksanakan segera.

"Kalau hendak tunggu lama, banyak benda yang tidak boleh dibaiki lagi.... kerana itu lebih cepat peralihan kuasa (dilaksanakan), kama lebih mudahlah untuk melakukan perubahan," katanya lagi.

Dalam temu bual ini Nurul Izzah menyentuh pelbagai aspek termasuk perjalanan kerjaya politik beliau sejak sedekad lalu.

Beliau yang turut optimis dengan arah aliran politik negara ini menekankan, rakyat Malaysia sudah mula bersedia untuk bergerakn melangkaui politik perkauman.

"Pada saya kejayaan PKR, kejayaan PKR itu, penting bukan kerana saya ini adalah pihak yang berkepentingan, tapi kerana ia menandakan bahawa Malaysia, rakyat Malaysia bersedia melangkaui politik perkauman kepada masa depan yang dapat menjanjikan... bila kita fikir politik itu, kita fikir pada isu, tak lihat ini politik untuk orang Melayu, ini politik untuk orang Cina, ini politik orang India.

"Melihat politik di luar kaca maca ras... inilah kekuatan Keadilan dan elemen itu yang perlu ada, perlu diambil oleh semua pihak," ujar beliau.

IKUTI SEDUTAN RAKAMAN PERBUALAN DENGAN NURUL IZZAH ANWAR - BAHAGIAN PERTAMA DAN BAHAGIAN KEDUA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan