Bahas pengharaman Hindraf Dewan Rakyat tolak usul pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul pembangkang bagi membincangkan mengenai keputusan kerajaan mengharamkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan.

Keputusan penolakan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam kamar.

Usul tersebut dibawa oleh Ahli Parlimen (DAP-Ipoh Barat), M. Kula Segaran di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) pada 16 Oktober lalu.

Bagaimanapun sebelum bermula sesi perbahasan pada pukul 11.30 pagi, Kula mempertikaikan keputusan penolakan tersebut.

Perkara tersebut kemudian dijelaskan oleh Pandikar Amin.

Katanya beliau menolak usul itu dibawa kerana perkara sedemikian tidak mempunyai keperluan untuk dipercepat atau disegerakan.

"Kalau usul ini perlu disegerakan, baru saya akan benarkan. Tapi apa keperluannya Yang Berhormat untuk kita bahaskan kes Hindraf ini dalam perbahasan bajet?

"Jangan pergunakan sewenang-wenangnya untuk perkara 18 (1) untuk bahas usul, undi tidak percaya pun nak bawa guna 18 (1)," katanya.

Jelasnya lagi, peraturan mesyuarat tersebut hanya boleh digunakan jika usul yang ingin dibawa itu benar-benar perlu untuk dibahas dan disegerakan.

Pada 15 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengisytiharkan Hindraf dalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang kerana pertubuhan itu didapati memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Pengisytiharan itu diwartakan setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.

Menurut Syed Hamid, perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Sementara itu, Kula berkata beliau amat kecewa dengan keputusan yang buat oleh Pandikar Amin kerana menganggap isu mengenai Hindraf tidak penting.

"Saya terkejut apabila menerima surat dari Speaker Dewan bahawa usul saya telah ditolak tanpa asas kukuh, ini adalah usul yang pelu disegerakan, jika tidak kami tak akan kemukakan usul ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Tambah beliau Syed Hamid perlu menghormati Dewan dengan memberi penjelasan mengenai sebab pengharapan Hindraf.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan