Reaksi Presiden Timbalan Presiden MCA baru

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA yang baru, Datuk Ong Tee Keat berjanji akan menyegerakan perubahan yang harus dilaksanakan dan mengukuhkan kembali kedudukan parti itu.

"Saya yakin melalui kerjasama yang baik di kalangan ahli perwakilan yang dipilih akan terus melaksanakan perubahan yang diingini oleh rakyat," katanya sejurus selepas diumumkan sebagai Presiden yang baru.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan turut menyeru semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat oleh para perwakilan.

Tee Keat melahirkan rasa terharu kerana diberikan mandat untuk menerajui parti itu.

"Saya terharu dan saya ucapkan terima kasih kepada para perwakilan yang telah pun memberikan saya mandat yang memenangkan saya kali ini," katanya.

Ditanya adakah beliau akan bekerjasama dengan Timbalan Presiden yang baru iaitu Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Tee Keat berkata: "Tiada sebarang perbalahan peribadi yang ada, hanyalah pandangan atas isu-isu tertentu yang pernah saya suarakan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Soi Lek menghargai sokongan yang diberikan oleh para perwakilan yang memilihnya.

"Saya menghargai sokongan yang diberikan oleh para perwakilan kepada saya," katanya. Pada masa yang sama beliau turut melahirkan rasa puas hati selepas keputusan pemilihan MCA diumumkan.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau akan memberi sokongan dan membantu Tee Keat yang baru dilantik sebagai Presiden.

"Saya berazam untuk membawa perubahan dan memberi sokongan kepada Tee Keat," katanya.

Beliau juga melahirkan keazaman untuk bekerjasama dengan ahli perwakilan yang baru dipilih dalam usaha merealisasikan perubahan kepada parti itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan