Pemuda syor Timbalan Pengerusi BN ditambah diisi MCA

Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Pemuda MCA memberi sokongan kepada Umno sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), tetapi mengesyorkan jawatan Timbalan Pengerusi diisi pemimpin parti komponen kedua terbesar itu.

Datuk Liow Tiong Lai, yang mengakiri mandat sebagai Ketua Pemuda MCA hari ini, mencadangkan agar jawatan Timbalan Pengerusi BN ditambah menjadi dua supaya salah satunya boleh diisi MCA.

"MCA harus mengamalkan sikap proaktif untuk memainkan peranan mamantau proses penentuan polisi.

"Dalam konteks ini saya berpendapat struktur BN harus dikaji semula," kata beliau ketika berucap pada persidangan perwakilan tahunan sayap MCA itu di Wisma MCA di sini semalam.

Dalam reaksi, Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, cadangan itu perlu dikaji dan dibincangkan dengan mendalam.

Beliau yang juga Ketua Pemdua Umno berkata, transformasi BN yang dicadangkan MCA adalah satu cadangan yang perlu dibincangkan dengan mendalam oleh semua parti komponen BN.

"Saya baru dengar cadangan itu pagi tadi dan terpulanglah kepada saya untuk memutuskannya. Kita terbuka untuk semua. Kita telah dengar mengenai penyertaan terus bagi mereka yang tidak mahu menyertai manamana parti komponen, terus menganggotai BN dan kini cadangan ini.

"Kita sepatutnya membincangkan idea ini. Bagi saya tidak ada formula tertentu. Kita hendaklah dengar pandangan semua parti. Dalam beberapa bulan, perhimpunan agung Umno akan diadakan dan saya pasti ada juga cadangan daripada perwakilan dan pemimpin mengenai cara-cara untuk mengukuhkan BN," katanya yang turut menghadiri persidangan MCA itu.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, jika cadangan itu akan diterima, ketika itulah BN akan melalui perubahan.

"Tetapi saya hargai MCA. Mereka belum lagi mengatakan bahawa mereka akan keluar BN. Pada hakikatnya mereka komited kepada BN dan mahu BN lebih kuat. Sebab itu mereka buat cadangan ini.

"Ini juga menunjukkan dedikasi mereka kepada campuran. Mereka sedia menghadapi cabaran dengan BN dalam apa jua keadaan. Mereka dengan kita dalam keadan senang dan sukar," tambah beliau.

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata, perubahan perlu dilakukan dalam BN bagi mencerminkan perwakilan bagi kesemua parti komponen.

Secara tradisi kerusi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Agung BN dipegang oleh wakil Umno.

BN yang dibentuk bagi menggantikan Perikatan susulan pilihan raya umum 1969, kini dianggotai 13 parti.

Parti Maju Sabah (Sapp) telah memutuskan untuk keluar BN bulan lalu.

Liow akan bertanding jawatan Naib Presiden MCA esok berkata, syor yang dikemukakan itu bukan "satu permintaan keterlaluan".

Kata beliau, cadangan itu juga berpatutan memandangkan MCA selalu memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan dan prinsip perkongsian kuasa sejak sebelum merdeka lagi.

"Cadangan MCA mengisi jawatan Timbalan Pengerusi memang tidak keterlaluan. Padahal, jawatan tinggi yang lain boleh dibuka kepada pemimpin parti komponen yang lain," katanya.

Malah, kata beliau, jawatan-jawatan utama yang lain dalam BN juga boleh dibuka kepada perwakilan parti komponen lain.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy.

Persidangan tersebut turut dihadiri Ketua Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan ketua-ketua pemuda parti komponen yang lain.

Liow akan digantikan oleh Dr. Wee Ka Siong yang telah menang tanpa dicabar.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan