Pilihan raya kampus UMP UMK UTeM UMT milik proaspirasi

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Keputusan bagi empat buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengadakan pilihan raya kampus mereka semalam menunjukkan kumpulan proaspirasi menguasai gelanggang pertandingan dengan mudah tanpa persaingan.

Empat IPTA berkenaan yang seratus peratus berpihak kepada pendokong matlamat universiti dan kerajaan tersebut ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Bagi UMP, Mohd 'Afif Abd Aziz yang bertanding untuk kerusi umum memperoleh jumlah undian tertinggi iaitu sebanyak 3175 undi.

Empat lagi calon yang menang untuk kerusi umum ialah Mohamad Suffi Kamari (2963), Nik Aimie Farah Nik Azhan (2828), Nur Izzah Zakaria (2794) dan Noor Izyannisa' Sarjuni (2663).

Pemilihan kali ini mempertandingkan lima kerusi umum dan sepuluh kerusi fakulti dengan jumlah keseluruhan 15 kerusi.

Setiap fakulti diperuntukan dua kerusi.

Dua pelajar yang dipilih untuk mewakili Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) ialah Muhammad 'Izzat Saidon dengan memperoleh 704 undi dan Nur Hidayah Maslan dengan 588 undi.

Bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Sazwan Sahar berjaya mengungguli empat calon lain dengan kutipan 588 undi diikuti rapat dengan perbezaan 14 undi iaitu Naeem Zulkifle, 574 undi.

Shahrul Afzam Mohamad yang mendapat 389 undi telah dipilih untuk mewakili Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) bersama Norizan Syahnan yang memperoleh 254 undi.

Bagi Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), calon dari fakulti berkenaan diumumkan menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Mihammad Adib Mahmud dan Annuar Abdullah bagi FKASA, manakala Wan Nor Hafizah Wan Abd Talib dan Lim Min Siang bagi FKEE.

Peratusan jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 77.88 peratus daripada 4700 pelajar yang layak mengundi.

Keputusan itu diumumkan oleh Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni, Prof. Dr. Abd Jalil Borham.

Sementara itu semua 22 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus UTeM terus kekal milik wakil proaspirasi bagi penggal pengajian 2008/2009.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Zolkepli Buang kira-kira pukul 6 petang tadi.

Mantan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM, ketika dihubungi berkata beliau berpuas hati dengan proses pengundian kali ini lebih-lebih lagi dengan keputusan yang diperolehi.

"Syukur prosesnya berjalan lancar, semuanya teratur kerana hanya satu pihak yang bertanding.

"Tiada istilah 'proaspirasi' mahupun 'promahasiswa' di UTeM kerana semua pengundinya mendokong matlamat universiti dan kerajaan," katanya.

Pemilihan kali ini menyaksikan tujuh kerusi umum dipertandingkan dan 15 kerusi fakulti menjadikan kesemuanya 22 kerusi.

Dalam pada itu bagi UMK kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan berpihak kepada proaspirasi.

Daripada jumlah itu, tiga merupakan kerusi umum dan enam kerusi fakulti.

Mantan YDP MPP UMK, Mohd Nazri Hanapiah Sudin ketika dihubungi berkata pilihan raya yang pertama itu mencatat rekod kemenangan seratus peratus calon penyokong universiti.

"Saingan tetap ada, tapi kami hanya bertanding sesama sendiri," katanya.

UMK mula beroperasi pada tahun 2007.

UMT yang mempertaruhkan 12 kerusi hanya memperlihatkan pertandingan antara penyokong proaspirasi.

Daripada jumlah itu, empat adalah kerusi umum dan lapan daripadanya ialah kerusi fakulti.

Selain itu, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) turut berpihak kepada proaspirasi kerana kesemua calonnya menang tanpa bertanding.

Bagi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengadakan pilihan raya kampus mereka kelmarin, turut diungguli oleh kumpulan proaspirasi walaupun difahamkan pencapaiannya tidak seratus peratus.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan