Datuk untuk Shah Rukh Khan Kementerian tidak mahu campur tangan

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hari ini memutuskan untuk tidak mahu mencampuri urusan kerajaan negeri Melaka berhubung dengan penganugerahan gelaran Datuk kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

Menurut Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Dr. Muzahet Masruri, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sepatutnya menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada kerajaan negeri Melaka dan bukannya kepada kementerian itu.

"Penganugerahan tersebut bergantung kepada kerajaan negeri dan bukan hak kita untuk menentukannya. Mereka ada kriteria sendiri dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sendiri yang keluarkan anugerah itu, bukannya kementerian.

"Rasanya hal ini tak perlu diperbesarkan sebab ia tiada kaitan dengan kami," jelas Muzahet ketika dihubungi mStar Online.

Ditanya sama ada beliau ada menyampaikan hasrat Seniman itu kepada Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Muzahet berkata:

"Tak perlu, sebab tiada kena-mengena dengan menteri."

Muzahet bagaimanapun tidak menolak akan meneliti kandungan memorandum tersebut.

Namun beliau sendiri tidak dapat menjanjikan apa-apa tindakan lanjut.

"Kami belum dapat tengok dan bincangkan isu ini lagi.

"Lagipun, sekarang ini kami di Sabah bagi meraikan perayaan di sini sehingga Selasa minggu hadapan," katanya.

Selasa lalu, Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Timbalan Ketua Setiausahanya, Datuk Mohammed Mohammad Daud.

Terdahulu pada Isnin lepas, Mustapha menggesa pihak kerajaan negeri Melaka membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanah air terhadap penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan sempena ulang tahun ke-70 hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, 11 Oktober lalu.

Menurut Mustapha, mereka sepatutnya bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanah air.

Sebelum itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, penganugerahan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan