Muhyiddin syor tempoh kempen pemilihan Umno dipendekkan

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang setakat ini telah memperoleh pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden Umno mengesyorkan supaya tempoh kempen pemilihan parti dipendekkan.

Ketika mengemukakan pandangan peribadinya hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, tempoh kempen yang panjang boleh menjejaskan tugas calon-calon yang memegang jawatan Kabinet.

"Semakin pendek tempoh berkempen lebih baik untuk kami," kata beliau kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Jelas beliau, calon-calon yang bertanding tidak boleh terus menghabiskan masa yang banyak dengan berkempen kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Persidangan perwakilan bahagian kini sedang berlangsung dan mengikut jadual asal, pemilihan pusat sepatutnya diadakan Disember ini.

Bagaimanapun ia ditunda ke Mac depan, sekali gus membolehkan calon-calon bertanding jawatan pusat mempunyai masa selama lima bulan untuk berkempen.

"Semuanya terpulang kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak mahu menggangu pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya.

"Sama ada ia akan dikaji semula atau tidak, saya tidak mahu meramalkannya," katanya.

Menurutnya, ini kali pertama terjadi tempoh berkempen untuk pemilihan parti yang paling lama iaitu selama lima bulan.

"Ini tidak pernah terjadi sebelum ini," katanya.

Tambah beliau, tempoh berkempen yang pendek juga dapat mengurangkan politiking yang berlaku disamping mengurangkan masalah politik wang yang sering dikaitkan apabila kempen pemilihan calon bermula.

Ditanya mengenai cadangan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu calon yang sudah memperoleh cukup pencalonan boleh menasihati bahagian-bahagian yang akan mencalonkan mana-mana pemimpin yang belum mememenuhi kuota yang diperlukan, Muhyiddin berkata:

"Saya pun belum cukup kuota lagi."

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan