Pengundian pilihan raya UUM selesai MPP sasar kemenangan calon proaspirasi - Berita Semasa | mStar

Pengundian pilihan raya UUM selesai MPP sasar kemenangan calon proaspirasi

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pengundian pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) baru selesai dengan bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Mohd Shahrizan Yahaya menyasarkan kemenangan seratus peratus akan memihak calon-calon kumpulan aspirasi.

"Saya harap calon aspirasi akan menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan pada hari ini," katanya kepada mStar Online.

Mahasiswa UUM mula keluar mengundi seawal pukul 8.45 pagi tadi bagi memilih calon yang akan mewakili mereka untuk sesi pengajian 2008/2009.

Pengundian selesai 1 tengah hari.

Dalam pemilihan kali ini UUM mempertandingkan sebanayk 36 buah kerusi.

Daripada jumlah itu, 12 kerusi dipertandingkan di kawasan umum, 24 bagi kawasan kolej, iaitu masing-masing lapan bagi Kolej Sastera dan Sains, Kolej Perniagaan dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa dan satu kerusi untuk pelajar antarabangsa.

Mengulas mengenai persaingan yang wujud antara calon-calon yang bertanding, beliau berkata persaingan yang ditunjukkan tidak begitu ketara.

"Persaingan antara calon aspirasi kerajaan dan pro-mahasiswa memang ada, tapi kami yakin aspirasi akan berjaya mengusai pemilihan kali ini," katanya.

Menurut Shahrizan, proses pengundian di kesemua 14 buah pusat mengundi berjalan dengan lancar.

"Keadaan terkawal tanpa sebarang masalah dengan bantuan jawatankuasa universiti dan juga mantan MPP," katanya.

Beliau berkata mahasiswa diberi pelepasan kuliah hingga tempoh undian ditutup pada pukul 1 tengah hari.

Tambah beliau proses penjumlahan undi akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Kegiatan Pelajar dan keputusan akhir akan diketahui kira-kira pukul 9 malam ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan