Nazri Dakwaan DAP siasatan bukti Gani salah tidak benar

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa siasatan menunjukkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail gambar telah menyalahgunakan kuasanya dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, dakwaan beliau juga tidak benar kerana kes tersebut masih disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malah Nazri menafikan dakwaan Lim bahawa Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun terlibat dalam siasatan kes mata lebam itu.

"Saya teleh menghubungi BPR dan mereka memberitahu siasatan masih berjalan, tidak ditutup dan kes itu masih belum selesai.

"Adalah tidak benar Peguam Cara Negara ditugaskan untuk menyiasat kes itu kerana di bawah peraturan perundangan itu sendiri, ia tidak sesuai.

"Kalau seseorang dari Jabatan Peguam Negara menyiasat, ini akan menjadi berat sebelah kerana beliau menyiasat ketuanya sendiri," katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis juga tidak terlibat dalam siasatan kes tersebut memandangkan laporan polis yang dibuat Anwar terhadap Gani pada 1 Julai lalu turut dilakukan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ketika ditanya pihak mana yang akan melakukan pendakwaan kes tersebut, Nazri berkata, beliau tidak diberitahu mengenai hal itu tetapi yang pasti, Jabatan Peguam Negara sebagai sebuah institusi yang akan memutuskan perkara itu.

Dalam perbahasannya hari ini, Lim mendesak Gani meletakkan jawatan kerana mendakwa siasatan Peguam Cara Negara mendapati Gani menyalahgunakan kuasanya untuk mereka cipta bukti terhadap kes mata lebam Anwar.

Pada 1 Julai lalu, Anwar telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terhadap Gani dan Musa kerana berhubung perkara itu.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan