Pilihan raya kampus Mahasiswa UIAM terima kenyataan palsu

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini dikejutkan dengan kenyataan palsu yang diedarkan di seluruh kampus yang menyatakan bahawa pilihan raya kampus bagi universiti berkenaan akan diadakan Jumaat ini.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, Muhammad Adib Hatim ketika dihubungi berkata perkara itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kenyataan tidak bertanggungjawab itu telah diedarkan ke seluruh kampus sejak pukul 9 pagi tadi.

"Namun kami masih belum dapat mengenal pasti siapa yang melakukannya," katanya.

Motif kejadian tersebut juga tidak diketahui.

UIAM merupakan universiti pertama yang mengambil keputusan membubarkan MPP mereka berkuat kuasa 19 September lalu.

Tambah beliau, perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak universiti untuk diambil tindakan lanjut.

"Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, namun kami biarkan pihak universiti untuk menjalankan siasatan," katanya.

Dalam pada itu Adib berkata pihaknya juga menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya mengumumkan tarikh sebenar pilihan raya kampus bagi penggal baru ini.

"Hingga sekarang apa yang saya dimaklumkan oleh pihak universiti bahawa pilihan raya kampus akan diadakan pada Januari tahun hadapan.

"Namun hingga kini masih belum ada sebarang notis mengenainya dikeluarkan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan