Penamaan calon MCA Wee Ka Siong dan Chew Mei Fun menang tanpa tanding

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun menang tanpa bertanding masing-masing bagi jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MCA setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 5 petang tadi.

Seperti yang dijangka, jawatan Presiden parti itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Datuk Ong Tee Kiat dan pemimpin veteran Datuk Chua Jui Meng sementara bagi jawatan timbalan presiden, empat calon akan berentap.

Mereka ialah Datuk Dr Chua Soi Lek, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Datuk Donald Lim dan Lee Hack Teik.

Lapan calon pula akan bertanding bagi merebut empat tempat sebagai Naib Presiden parti, iaitu Datuk Dr Ng Yen Yen, Datuk Liow Tiong Lai, Datuk Dr Fong Chan Onn, Datuk Tan Kok Heng, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Kang Cho Ha, Datuk Yap Pian Hon dan Lim Teik Chong.

Selain jawatan Ketua Wanita, jawatan timbalan ketua dan empat tempat bagi jawatan naib ketua sayap itu juga dimenangi tanpa bertanding.

Timbalan Ketua Wanita MCA yang baru ialah Datuk Yu Chok Tow sementara empat Naib Ketua ialah Lee Pit Chern, Tan Ah Heng, Shim Tshin Nyuk dan Lim Bee Kau.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula, dua calon akan bertanding, iaitu Mah Heng Soon dan Song Kee Chai.

Enam calon akan berentap merebut empat jawatan naib ketua sayap itu -- Yong Cheng Leong, Chin Tung Leong, Ko He Choon, Yoo Wei How, Yit Lee Kok dan Khoo Ngee Chai.

Seramai 64 calon akan bertanding merebut 25 kerusi jawatankuasa pusat parti itu.

Pemilihan bagi sayap pemuda dan wanita akan berlangsung pada Jumaat sementara pemilihan jawatan tertinggi parti akan diadakan pada Sabtu.

[BERITA TERDAHULU]

PETALING JAYA: MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN), akan mengadakan proses penamaan calon bagi pemilihan jawatan-jawatan induk parti petang ini.

Proses penamaan calon dijadual berlangsung dari pukul 1 tengah hari hingga 5 petang, di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

MCA merupakan parti komponen kedua BN mengadakan pemilihan bulan ini. Kelmarin Gerakan menyempurnakan proses pemilihan jawatankuasa induk.

Maklumat yang diperoleh daripada laman web MCA menyebut pusat penamaan calon akan dibuka mulai pukul 12.30 tengah hari bagi mengelakkan kesesakan ketika proses penamaan calon.

Penamaan calon membabitkan jawatan utama MCA, Pemuda dan Wanita manakala pemilihan akan berlangsung pada Sabtu ini di samping Perhimpunan Agung Tahunan.

Kali ini persaingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menjadi tumpuan selepas penyandangnya masing-masing Datuk Seri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Chan Kong Choy mengumumkan keputusan tidak mahu mempertahankan jawatan yang mereka menangi pada pemilihan 2005.

Berikutan kekosongan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat telah menawarkan diri bagi mengisi kerusi dikosongkan Ka Ting.

Ka Ting memenangi jawatan itu selepas pelan peralihan kuasa yang membawa kepada pengunduran Presiden dan Timbalan Presiden sebelum itu, Tun Dr. Ling Leong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek.

Tee Keat dijangka dicabar oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tewas kepada Ka Ting dalam perebutan pada pemilihan 2005.

Dalam pada itu, kekosongan jawatan Timbalan Presiden menyaksikan tiga pemimpin MCA iaitu bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan dan Naib Presiden, Datuk Donald Lim Siang Chai, menawarkan diri.

Saingan juga dilihat bagi jawatan Naib Presiden.

Kerusi itu menyaksikan persaingan tujuh calon, termasuk veteran MCA, Datuk Yap Pian Hon yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Naib Presiden.

Lima pemimpin lain yang melahirkan hasrat mencuba nasib ialah Ketua Pemuda MCA yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Liow Ting Lai; penyandang Naib Presiden, Datuk Dr. Fong Chan Onn; Ketua Pergerakan Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen yang juga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Juga menawarkan diri ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung dan Timbalan Pengerusi MCA Johor yang juga Exco kerajaan negeri, Tan Kok Hong.

Persoalan yang turut menjadi fokus ialah sama ada Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun masing-masing akan dimahkotakan ketua Pemuda dan Ketua Wanita MCA tanpa bertanding atau akan adakah calon tanpa diduga yang akan tampil pada saat akhir untuk mencabar mereka.

Sebagaimana Gerakan dan Umno, rebutan dan saingan bagi jawatan penting MCA terbuka luas.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan