Calon jawatan tertinggi MCA ditentukan hari ini

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Adakah Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun masing-masing akan dimahkotakan ketua Pemuda dan Ketua Wanita MCA tanpa bertanding atau akan adakah calon tanpa diduga yang akan tampil pada saat akhir untuk mencabar mereka -- semua ini akan terjawab lewat petang ini apabila penamaan calon bagi pelbagai jawatan penting parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional itu ditutup nanti.

Tanggapan di kalangan ahli MCA dan pemerhati politik ialah kedua-dua Dr Wee dan Chew tidak akan dicabar bagi mengisi jawatan yang dikosongkan oleh ketua kedua-dua sayap parti itu -- Ketua Pemuda Datuk Liong Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan dan Ketua Wanita yang juga Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr ng Yen Yen.

Liong dan Ng merupakan calon "pilihan" bagi mengisi empat jawatan Naib Presiden parti itu yang turut ditandingi enam personaliti lain -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung, penyandang jawatan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha, Timbalan Pengerusi MCA Johor Datuk Tan Kok Hong, Timbalan Ketua Bahagian Kuala Langat Lim Teck Chong dan veteran Datuk Yap Pian Hon.

Selain Liong dan Ng, calon yang dijangka mempunyai peluang cerah mengisi empat jawatan itu ialah Chor dan Kong sementara Dr Fong dilihat ramai sebagai pemimpin yang sudah tamah tempoh, seperti juga Yap, dan tidak selari dengan usaha memperbaharui arah tuju parti berikutan pencapaian yang buruk calon-calonnya pada pilihan raya umum yang lalu.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi MCA akan bermula pada Jumaat dengan pemilihan peringkat Pemuda dan wanita diikuti pemilihan bagi jawatan tertinggi parti pada Sabtu.

Mungkin kerana ia berlaku ditengah-tengah kesibukan rakyat memperkatakan tentang peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, atau mungkin kerana pemilihan MCA kali ini kurang kontroversi, lampu sorot media lebih banyak ditumpukan pada pencalonan bagi jawatan tertinggi Umno, walaupun pemilihan parti itu hanya akan diadakan penghujung Mac tahun depan.

Pun begitu, pemilihan MCA tidak kurang menariknya kerana boleh dikatakan buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, cakap-cakap tentang Kmpulan A dan Kumpulan B hampir tidak kedengaran.

Kedua-dua calon yang akan berentap merebut jawatan nombor satu -- Menteri Pengangkutan Datuk ong Tee Keat dan bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng -- sehingga kini tidak menyebut siapakah calon timbalan pilihan mereka. Malah Ong pernah mengumumkan bahawa beliau akan meneruskan stail kepimpinan "Lone Ranger"nya dan tidak ambil pusing siapa yang akan mengisi jawatan nombor dua nanti.

Kenyataan terbuka Ong itu bagaimanapun tidak menghentikan spekulasi bahawa secara senyap, beliau sebenarnya mahukan penyandang jawatan setiausaha agung parti, Datuk Seri Ong Ka Chuan sebagai rakan seperjuangannya, sementara Chua pula dikatakan kini bekerjasama dengan rakan senegerinya, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Selain Chua dan Ong, calon lain yang telah mengumumkan hasrat bertanding jawatan timbalan presiden MCA itu ialah penyandang jawatan naib presiden Datuk Donald Lim Siang Chai dan timbalan ketua bahagian Tanjung Lee Hack Teik.

Walaupun Chua dan Ong, yang kedua-duanya agak berkontroversi (Chua kerana terpaksa melepaskan jawatan dalam Kabinet dan parti setelah video adegan ranjangnya tersebar luas dan Ong kerana dikatakan diangkat adik sendiri mengisi jawatan penting parti sebagai setiausa agung) kerap disebut-sebut media sebagai calon pilihan, Donald Lim dijangka mampu memberikan tentangan sengit memanding beliau adalah pemimpin veteran yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Sebagai calon akar umbi, peluang Lee untuk melonjakkan dirinya daripada seorang pemimpin bahagian kepada pemimpin peringkat pusat walaupun sukar, tidak mustahil. Ini pernah dibuktikan oleh veteran parti seperti Yap yang pernah memenangi pertandingan jawatan peringkat pusat dalam pada tidak memegang sebarang jawatan lain.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan