Gerakan perlu ramai ahli bukan Cina tapi makan masa

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gerakan memerlukan masa untuk menarik lebih ramai ahli daripada kalangan kaum bukan Cina bermula dari akar umbi sebelum mereka boleh dilantik dalam kepimpinan parti.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, A. Kohilan Pillay berkata, ahli bukan Cina yang menyertai Gerakan perlu terlebih dahulu aktif dan mendekatkan diri dengan ahli-ahli lain sebelum mereka boleh menempatkan diri dalam AJK Pusat atau apa-apa jawatan sekali pun.

"Jika saya hanya melantik kamu (dalam kepimpinan) kerana kamu India atau Melayu, itu (parti) tidak kuat. Kita perlu ada tempoh masa yang mana kita perlu bekerja keras dalam tempoh itu.

"Mungkin dalam masa lima tahun, kita memerlukan 30 peratus (ahli) daripada kaum India, 30 peratus Melayu dan 40 peratus Cina dan kita bekerja dalam sistem itu kemudian barulah secara perlahan-lahan kita boleh mempromosi lebih ramai kaum bukan Cina dalam Gerakan.

"Jika hanya mahu ahli bukan Cina tanpa pengalaman untuk menjadi pengerusi cawangan atau bahagian, bagaimana mereka boleh menjalankan tugas dengan baik dalam jawatankuasa," katanya ketika ditemui pada Persidangan Perwakilan Nasional Ke-37 Gerakan di sini hari ini. Persidangan dua hari bermula semalam.

Pengerusi Gerakan Selangor itu, yang memenangi pemilihan negeri bulan lalu berkata demikian ketika diminta mengulas barisan kepimpinan parti termasuk dari kalangan AJK yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina.

Kohilan berkata, jika Gerakan mula mengambil ahli dari kalangan kaum bukan Cina hari ini, mungkin dalam masa lima hingga enam tahun, parti itu boleh mendapat kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kohilan yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, ahli-ahli telah cukup matang membuat keputusan dalam memilih pemimpin mereka.

"Untuk menjadi AJK, kita memerlukan sokongan daripada semua negeri, bukan hanya negeri yang kita wakili.

"Saya sendiri walaupun seorang Pengerusi bagi Selangor dan juga Timbalan Menteri tapi saya masih perlu meminta mereka mengundi saya. Dalam Gerakan, kita memerlukan semangat berjuang," katanya.

Kohilan yang terpilih sebagai AJK Pusat bagi penggal kedua semalam berkata, beliau mahu mengukuhkan dirinya untuk jawatan itu dan Pengerusi negeri terlebih dahulu sebelum bertanding jawatan yang lebih tinggi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan