Transkrip wawancara Bernama bersama PM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah sudi mengadakan satu wawancara eksklusif dengan Bernama berikutan pengumumannya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Mac tahun depan.

Berikut adalah transkrip penuh temu bual itu.

S1: Apakah perasaan Datuk Seri sekarang setelah membuat pengumuman ini. Adakah anda berasa lega? Mungkinkah anda berasa sedikit kesal?

J: Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memudahkan saya membuat keputusan ini. Saya telah memutuskan, saya gembira dengan keputusan ini dan berasa selesa mengenainya.

Mengimbas kembali apabila saya dipilih (sebagai Presiden Umno) pada 2004, saya merancang dalam manifesto saya tentang negara dan apa yang diperlukan negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Saya masih ingat semua itu.

Selepas Wawasan 2020 diumumkan pada 1990, pelaksanaanya berjalan dengan baik. Malaysia berjaya melakukannya dengan baik pada tempoh 15 tahun pertama.

Saya sedar bahawa pada tempoh kedua pelaksanaan (Wawasan 2020), kita menghadapi pelbagai cabaran. Saya telah berulang kali menyatakan bahawa ketika kita sedang mendaki, untuk menuju ke puncak, seperti mendaki Gunung Everest, bahagian terakhir pendakian itu adalah yang paling sukar.

Saya fikir kita telah mengadakan asas yang baik dan berdasarkan Misi Nasional sebagai panduan, saya percaya kita boleh merealisasikan hasrat kita.

Saya yakin pengganti saya akan menyambung kerja saya dan melakukan apa yang perlu untuk membawa kita mencapai matlamat itu.

S2: Adakah Datuk Seri menyatakan bahawa walaupun Datuk Seri tidak lagi menerajui (sebagai Perdana Menteri), Datuk Seri telah mengadakan asas yang baik bagi Wawasan 2020?

J: Ya, saya percaya masanya sudah tiba untuk pemimpin generasi baru mengambil alih.

Apa yang penting adalah Umno dan Barisan Nasional mestilah bersatu dalam menangani segala cabaran yang dihadapi.

S3: Apakah yang Datuk Seri fikirkan sebelum membuat keputusan berkenaan?

J: Saya perlu menyatakan ini. Selepas pilihan raya, terdapat orang yang menyatakan bahawa saya mesti mengundurkan diri.

Beberapa orang menyatakan bahawa saya bertanggungjawab terhadap keputusan yang tidak seorang pun (dalam Barisan Nasional) suka, yang mengejutkan anggota parti, terutamanya Umno.

Namun ada juga orang lain yang bersungguhsungguh menyokong saya dan mahu saya kekal untuk meneruskan tugas saya. Dan apabila mereka datang ke rumah saya dalam satu kumpulan yang besar, menyatakan kepada saya "Datuk Seri tidak boleh mengundurkan diri, Datuk Seri mempunyai misi, Datuk Seri perlu menyelesaikan misi itu."

Saya mendengar setiap pihak dan pada masa yang sama saya melihat hakikat sebenar, memikirkan masa hadapan dan akhirnya saya membuat keputusan muktamad bahawa inilah masanya yang sesuai untuk saya menyerahkan tanggungjawab saya.

S4: Adakah Datuk Seri memaklumkan kepada Yang diPertuan Agong?

J: Tidak. S5: Kenapa? Adakah tiada keperluan berbuat demikian? J: Saya tidak fikir wujud satu keperluan kerana perkara ini adalah soal parti. Saya masih Perdana Menteri. Apabila tiba masanya untuk menyerahkan atau melantik pengganti kepada Perdana Menteri, hanya ketika itu adalah penting untuk memaklumkan kepada Seri Paduka Baginda. S6: Datuk Seri kelihatan ceria pada hari membuat pengumuman itu. Bagaimana Datuk Seri berasa gembira semasa membuat pengumuman yang akhirnya membuat Datuk Seri meninggalkan suatu kedudukan penting dan hilang pegangan kuasa? J: Sebagaimana saya memberitahu anda, keputusan itu tidak mengganggu saya. Saya tidak menyesal membuat keputusan.

Saya berasa selesa mengenainya dan itu sebabnya saya berasa ceria. Saya fikir apa yang saya lakukan ini adalah demi kepentingan negara dan parti.

Ia akan membolehkan kita menumpukan perhatian kepada tugas yang ada dan saya akan menggunakan sepenuhnya bulan-bulan terakhir saya untuk melaksanakan agenda saya.

Meninggalkan satu jawatan utama dan menyerahkan kuasa penting bukan keutamaan saya.

S7: Adakah Datuk Seri melihat pengunduran Datuk Seri akan membantu menyatupadukan parti?

J: Saya harap keputusan saya adalah demi kepentingan negara. Pada masa yang sama, saya perlu memberi tumpuan kepada apa yang perlu saya lakukan.

Saya percaya sikap dan tindaktanduk anggota parti akan menentukan masa depan parti. Itu paling utama. Jika mereka meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri, Umno akan selamat.

S8: Memandangkan Datuk Seri telah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri, beberapa pihak tertentu telah mendesak Datuk Seri mengundurkan diri sekarang. Ada pihak juga telah menyatakan bahawa Datuk Seri mulai sekarang hingga Mac nanti tidak perlu bercakap apaapa, sedangkan mereka terus membuat pelbagai kenyataan walaupun telah lama meninggalkan tampuk pemerintahan. Apakah komen Datuk?

J:Saya amat menyedari tentang apa yang saya mahu lakukan.

Saya telah merancang persaraan saya, saya telah merancang terlebih dahulu bila saya perlu menyerahkan kuasa dan apa yang perlu dilakukan.

Saya terus kekal bukan untuk mendapat nama sebagai perdana menteri. Saya memutuskan untuk kekal kerana saya mempunyai misi. Saya mesti menunaikan janjijanji saya dengan baik terutamanya untuk melakukan pembaharuan.

Ingat, saya dikritik kerana telah membuat janji-janji yang disukai dan disambut baik oleh rakyat dan mereka kemudiannya menyatakan saya tidak mengotakan janjijanji.

Tetapi saya tidak dapat menunaikan kesemuanya dalam tempoh empat tahun pertama kerana saya menumpukan kepada perkara-perkara lain.

Tetapi ada satu perkara yang perlu saya nyatakan di sini bahawa manifesto pilihan raya 2004 bukanlah hanya untuk empat tahun (yang berakhir hingga 2008) iaitu tempoh semasa saya memegang tampuk pemerintahan dan kemudiannya saya akan membuat manifesto lain.

S9: Maka Datuk Seri melihatnya sebagai satu penyediaan asas bagi masa depan?

J: Ya, kerana saya amat menyedari bahawa saya hanya mula menerajuinya selepas tempoh masa pertama pelaksanaan Wawasan 2020.

Saya berada dalam waktu permulaan tempoh kedua Wawasan 2020.

Maka saya masih mempunyai tempoh tiga hingga lima tahun (untuk melaksanakan beberapa program).

Saya memikirkan bahawa dalam tempoh masa kedua di mana saya fikir boleh memilih untuk melaksanakan apa yang saya mahukan dan pada peringkat mana.

Tetapi wujud satu perasaan kecewa mengenai apa yang diharapkan oleh rakyat terhadap apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak saya lakukan.

Maka, apabila saya mengumumkan permulaan untuk mengadakan pembaharuan dalam kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah, terdapat satu sokongan amat kuat.

Ada orang yang kini mempersoalkan mengapa saya tidak mengumumkan pembaharuanpembaharuan ini sebelum pilihan raya lepas dan mereka pasti akan menyokong tindakan berkenaan.

Apapun, ia kini tidak penting lagi kerana apa yang berlaku telahpun berlaku. Saya akan memastikan bahawa saya akan melakukan beberapa pembaharuan dan program ekonomi.

Mungkin mereka yang meminta supaya saya diam mahu memonopoli tumpuan itu untuk diri sendiri.

S10: Adakah Datuk Seri berasa akan kehilangan kesibukan memegang tampuk pemerintahan negara? J: Mungkin, tetapi saya akan merasakannya apabila saya bersara. Ia akan menjadi masa untuk orang lain.

Saya boleh menyatakan bahawa saya tidak akan cuba untuk "mentadbir dari luar."

S11: Apakah pencapaian besar Datuk Seri semasa menjadi Perdana Menteri?

J: Hakikatnya, masa saya masih belum tamat lagi. Lebih molek kita membicarakannya selepas saya menamatkan tempoh perkhidmatan dan saya bersara.

S12: Datuk Seri memimpin Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum 2004 dan mengalami kekalahan teruk pada 2008.

Adakah Datuk Seri fikir kemerosotan sokongan itu berpunca daripada Datuk Seri yang tidak menunaikan janji untuk mengadakan pembaharuan?

J: Itulah yang diperkatakan oleh ramai orang dan saya cenderung untuk mempercayai apa yang diperkatakan mereka.

Perkara ini adalah sebahagian daripada aduanaduan serius kerana janji pembaharuan menggembirakan ramai orang berdasarkan daripada komenkomen dalam laporanlaporan akhbar selepas pilihan raya 2004.

S13: Adakah Datuk Seri merasakan kerajaan perlu melakukan lebih daripada memenuhi kehendak aspirasi rakyat.

Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh-contoh?

J: Sekali lagi ia adalah daripada segi pelaksanaan pembaharuan, kami tidak menyelesaikannya.

Apapun, yang lepas telah berlalu. Saya sentiasa ingin memulakan perubahanperubahan ini, tetapi saya ini melakukannya secara beransur-ansur.

Tetapi rakyat mungkin mahukan saya bertindak lebih cepat dan mungkin inilah sebabnya mereka meluahkan rasa tidak puas hati. Dalam apa jua kes, saya telah menyatakan saya mahu melaksanakan pembaharuan terhadap institusi berkenaan dan melancarkan jaring keselamatan sosial yang akan meliputi 110,000 isi rumah.

S14: Jika Datuk Seri mempunyai peluang untuk melakukannya sekali lagi, adakah Datuk Seri akan merancang sesuatu yang berbeza bagi pilihan raya umum ke-12?

Adakah Datuk Seri berpendapat bahawa Datuk Seri gopoh semasa memutuskan untuk membubarkan Parlimen apabila Datuk Seri tidak mempunyai waktu untuk menyusun kemas jentera pilihan raya BN?

J: Sebenarnya, pengaturan masa itu telah difikirkan dengan sebaikbaiknya. Saya mahu memperbaharui mandat kerana sebelum pilihan raya umum terdapat amat banyak kritikan terhadap pelbagai perkara.

Maka, saya fikir bahawa adalah lebih baik untuk mendapat mandat baru. Itulah sebabnya mengapa saya memutuskan untuk mengadakan pilihan raya pada masa itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan