Asharuddin tewas tapi tidak lemah semangat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon Melayu tunggal yang bertanding jawatan Naib Presiden Gerakan, Dr Asharuddin Ahmad gagal untuk merebut satu daripada tiga kerusi itu dalam pemilihan badan induk parti yang berlangsung di Menara PGRM, di sini.

Dalam pemilihan bagi jawatan yang melibatkan sembilan calon itu, Asharuddin yang mendapat undian keempat tertinggi tewas hanya 31 undi kepada Huan Cheng Guan yang mendapat 568 undi.

Ketika ditemui media, Asharuddin berkata kekalahannya itu tidak melemahkan semangatnya untuk kembali bertanding pada penggal akan datang dan beliau akan terus berkhidmat untuk parti.

"Ia tidak lemahkan semangat saya. Saya percaya kepada konsep perjuangan rakyat Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada kekalahannya menunjukkan Gerakan belum bersedia untuk menjadi sebuah parti yang benar-benar berbilang kaum, Asharuddin berkata, beliau percaya perkara seperti itu pasti akan diperbincangkan namun katanya, calon-calon yang menang memang layak mendapat jawatan itu berdasarkan pengalaman mereka.

"Bagaimanapun, saya dapat kalahkan ramai juga (calon). Selepas ini saya perlu lebih aktif dan mencari pengalaman serta memperbanyakkan kempen termasuk bertemu dengan akar umbi," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat jika ditawarkan, Asharuddin berkata, beliau akan menerima apa sahaja jawatan sekiranya kepimpinan parti percaya beliau mampu menyumbang kepada kemajuan parti namun katanya, ia terpulang kepada mereka untuk menentukan.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, walaupun Asharuddin tewas bagi merebit jawatan Naib Presiden tetapi ia adalah satu pencapaian yang memberangsangkan bagi muka baru sepertinya.

"Dr Asharuddin adalah orang baru pada peringkat pusat. Beliau memang sering hadir dalam persidangan perwakilan pusat dan memberi ucapan dan ia memang mengagumkan walaupun tidak sehebat pemimpin-pemimpin yang lebih tinggi.

"Hakikat beliau mendapat undian keempat tertinggi memang sesuatu yang positif bagi orang baru sepertinya yang sekaligus mendahului tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat yang bertanding," katanya.

Koh berkata, keputusan itu menunjukkan perwakilan mengundi mengikut konsep yang lebih menyeluruh dan tidak hanya terbatas pada kaum.

Ditanya sama ada Gerakan akan mempertimbangkan Asharuddin untuk menjawat jawatan AJK pusat, Koh berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu akan datang.

Sementara itu, Timbalan Presiden, Datuk Chang Ko Youn berkata, perwakilan memilih pemimpin yang mereka kenali dan mengenali mereka, bukan atas berdasarkan warna kulit. Katanya, parti pelbagai kaum tidak boleh hanya dilihat kepada kepimpinan tetapi secara keseluruhan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan