MB Perlis Tindakan Mufti Perlis timbul akibat salah faham

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Mat Isa Sabu berkata, kerajaan negeri Perlis tidak pernah berniat menamatkan kontrak perkhidmatan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sebagai mufti negeri tersebut.

Sebaliknya jelas beliau, tindakan Asri untuk bersara awal berpunca daripada "salah faham."

"Hendak berhentikan apa... calon pengganti pun kami tak ada," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, sudah menjadi prosedur biasa bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menghantar surat termasuk kepada Asri kerana merupakan pegawai yang dipinjamkan dariUniversiti Sains Malaysia(USM).

"Beliau merupakan tenaga pengajar di USM yang dipinjamkan kepada kerajaan negeri, sudah jadi prosedur biasa pejabat SUK hantar surat apabila kontraknya hampir tamat," katanya.

Jelas Isa, sebelum kontrak mufti tersebut tamat pejabat SUK perlu memohon daripada USM dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melanjutkan kontrak Asri.

Kontrak tiga tahun Asri sebagai Mufti Perlis sepatutnya berakhir tahun depan tetapi beliau memutuskan untuk bersara awal disebabkan faktor tertentu.

Tempoh perkhidmatan beliau berakhir hujung bulan ini.

Tambah Isa, disebabkan perkara tersebut Asri perlu memaklumkan kepada kerajaan melalui Pejabat SUK supaya kontrak yang baru dapat dikeluarkan.

Sementara itu, ketika ditanya komennya berkenaan kenyataan Asri yang menyifatkan peletakkan jawatannya sebagai "tanda protes terhadap kerajaan negeri", Isa menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis itu sebagai tafsiran peribadi.

"Terpulang kepada beliau... mungkin itu pandangan peribadinya," ujarnya.

Jelas beliau, kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah dan berpuas hati dengan perkhidmatan mufti terbabit selama ini.

Sebelum ini, Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

"Saya hormati pandangan beliau yang kritikal dalam isu-isu tertentu," katanya.

Tambahnya, kontrak Asri telah dilanjutkan sehingga penghujung bulan November depan.

"Pagi semalam Asri telah menghadap Raja Perlis dan baginda meminta beliau menyambung kontraknya," katanya.

Ditanya keputusan Asri berkenaan kontrak terbaru itu, Isa berkata:

"Maaf itu saya tidak boleh komen. Semuanya terpulang kepada beliau."

Isa berkata beliau bersedia bertemu dan berbincang dengan Asri bagi menjernihkan keadaan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan