Khairy harap pengunduran Abdullah tidak jejas peluangnya rebut jawatan Ketua Pemuda

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga bapa mertuanya daripada jawatan Presiden parti Mac ini tidak akan memberi kesan kepada peluangnya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

"Kita tengok dulu (kesan). Saya harap tidak ada sebab saya bertanding atas kekuatan diri, bukan atas kekuatan Perdana Menteri," katanya ketika di majlis perasmian Institut Pengajian Kemajuan Islam yang dirasmikan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Khairy berkata, pengunduran Abdullah menunjukkan beliau meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya dan ia perlu dilihat sebagai pengorbanan untuk penyatuan parti serta sesuatu yang perlu disyukuri.

Katanya, pertukaran kepimpinan sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah sebaliknya pembaharuan yang dibawa Abdullah perlu diteruskan.

"Jika kita tidak lakukan pembaharuan yang beliau (Abdullah) mulakan, kita tidak akan mendapat semula sokongan yang hilang.

"Sebab kita kalah dalam pilihan raya (umum) lepas bukan kerana kepimpinan tetapi kerana kita tidak memenuhi janji pada (pilihan raya umum) 2004.

"Ia bukan hanya kepimpinan. Ia sebenarnya komitmen kita untuk berubah.

"Jika kita tidak lakukan apa yang Pak Lah bawa pada 2004 dan tidak melihatnya pada beberapa tahun yang akan datang, ia akan menjadi kelam kabut dan itulah isu yang sebenar," katanya.

Beliau mengakui perubahan dalam kepimpinan akan membawa momentum baru kepada Umno tetapi akhirnya, ia perlu seiring dengan perubahan yang dimulakan Abdullah.

Ditanya sama ada beliau sedih dengan pengunduran Abdullah, Khairy berkata, setiap perubahan kepimpinan akan membawa kesedihan lebih-lebih lagi kepada ahli parti yang terlibat.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri telah mengambil keputuan untuk berundur atas sebab-sebab tertentu dan mengutamakan kepentingan parti.

"Kita menerimanya dengan sepenuh hati tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan lebih sedih jika pembaharuan itu tidak diteruskan.

"Jika kita teruskan dengan pembaharuan tersebut termasuk cara mentadbir kerajaan dan perlakuan kita, saya rasa, kita dapat mengurangkan rasa kehilangan Pak Lah sebagai Perdana Menteri," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan terhadap dirinya yang membawa antara sebab pengunduran Abdullah, Khairy berkata, kepimpinan parti telah menjadi mangsa kejahatan dan tentunya akan mengheret beberapa individu untuk terlibat.

"Ia adalah satu persepsi negatif yang sengaja dilakukan oleh orang-orang tertentu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan