MB Perlis Tindakan Mufti Perlis timbul akibat salah faham

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Mat Isa Sabu berkata kerajaan negeri Perlis tidak pernah berniat menamatkan kontrak perkhidmatan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan tindakan mufti tersebut bersara awal dikatakan berpunca daripada 'salah faham'.

"Hendak berhentikan apa?Calon pengganti pun kami tak ada," katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut beliau sudah menjadi prosedur biasa pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) menghantar surat kepada mufti terbabit kerana beliau merupakan pegawai yang dipinjamkan daripada Universiti Sains Malaysia(USM).

"Beliau merupakan tenaga pengajar di USM yang dipinjamkan kepada kerajaan negeri, sudah jadi prosedur biasa pejabat SUK hantar surat apabila kontraknya hampir tamat," katanya.

Jelas Dr Isa, sebelum kontrak mufti tersebut tamat pejabat SUK perlu memohon daripada pihak USM dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melanjutkan kontrak Dr. Asri.

Tambahnya,disebabkan perkara tersebut mufti perlu memaklumkan kepada kerajaan melalui pejabat SUK supaya kontrak yang baru dapat dikeluarkan.

Sementara itu, ketika ditanya komennya berkenaan kenyataan Dr Asri yang menyifatkan perletakkan jawatannya sebagai 'tanda protes terhadap kerajaan negeri', Dr Isa menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Mufti Perlis itu sebagai tafsiran peribadi mufti terbabit.

"Terpulang kepada beliau. Mungkin itu pandangan peribadinya,"ujarnya.

Jelas beliau, kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah dan berpuas hati dengan perkhidmatan mufti terbabit.

Sebelum ini, Dr. Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

"Saya hormati pandangan beliau yang kritikal dalam isu-isu tertentu,"katanya.

Tambahnya, kontrak Dr Asri telah dilanjutkan sehingga penghujung bulan November depan.

"Pagi tadi Dr Asri telah menghadap Raja Perlis dan Baginda meminta Dr Asri menyambung kontraknya," katanya.

Ditanya keputusan Dr Asri berkenaan kontrak terbaru itu, Dr Isa berkata:

"Maaf itu saya tidak boleh komen. Semuanya terpulang kepada beliau (Dr Asri)."

Dr Isa berkata beliau bersedia bertemu dan berbincang dengan mufti muda berkenaan bagi menjernihkan keadaan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan