Tanding jawatan Muhyiddin ulangi mahu tunggu PM TPM

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin - buat kali ketiga dalam seminggu - mengulangi beliau hanya akan mengumumkan pendirianya berhubung jawatan yang bakal ditandingi selepas kenyataan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diketahui.

"Saya tunggu lepas Perdana Menteri buat kenyataan... mungkin tak hari ini esok atau lusa.

"Saya jangkakan (Datuk Seri) Najib akan mengumumkan pendirian beliau sama ada nak menawarkan untuk jawatan Presiden, saya jangka begitu. Dan kalau ada ruang terbuka, saya akan buat kenyataan yang tertentu," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu selepas merasmikan Mesyuarat Ke-14 Jawatankuasa Bersama Perdagangan Malaysia-Australia di sini hari ini.

Minggu lalu, Muhyiddin berkata, walaupun satu atau dua bahagian Umno menyuarakan hasrat mereka untuk mencalonkannya bertanding salah satu daripada dua jawatan tertinggi parti, beliau masih belum membuat keputusan mengenai jawatan yang akan ditandinginya.

"Semua ini (mengenai siapa yang akan bertanding bagi apa-apa jawatan) bergantung kepada kata putus muktamad yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata beliau.

Oleh itu, Muhyiddin berkata, beliau hanya akan mengumumkan keputusannya selepas Abdulalh membuat keputusan.

Abdullah dijangka membuat keputusannya di sini esok.

Abdullah, apabila mengumumkan penundaan mesyuarat agung Umno dari Disember 2008 ke Mac 2009, berkata beliau hanya akan membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya sebelum 9 Oktober.

Mesyuarat bahagian-bahagian akan bermula Khamis ini.

Muhyiddin sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyifatkan pandangan pemimpin parti berkenaan terlalu ramai ingin merebut jawatan parti itu sebagai satu padangan signifikan dan perlu diberi perhatian.

"Melihat kepada respons daripada beberapa pihak yang menawarkan diri untuk merebut jawatan-jawatan tertinggi dalam parti, ramai menyatakan apakah ini menunjukkan Umno berada dalam keadaan sudah teruk sehingga seakan-akan tiada pemimpin lagi," katanya.

Muhyiddin berkata, calon-calon yang menawarkan diri sepatutnya perlu memikirkan tujuan dan matlamat sebenar mereka mahu bertanding mana-mana jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Mereka yang nak bertanding kena fikir baik-baiklah. Kita tak sekat. Demokrasi memang diamalkan tapi siapa yang nak bertanding, kena fikir betul-betul apa tujuan dan matlamat dia bertanding," katanya.

Ditanya apakah pertandingan tersebut akan menjejaskan parti, Muhyiddin berkata: "Mungkin saya di pihak yang ada kepentingan. Tapi bagi saya pandangan-pandangan tersebut perlu diambil kira." Semalam Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan tindakan ramai calon menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti akan memberi imej buruk kepada Umno kerana parti itu digambarkan seolah-olah menjadi tempat untuk memperjuangkan kepentingan peribadi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpendapat jawatan Timbalan dan Naib Presiden Umno akan menjadi rendah kedudukan dan martabatnya apabila ramai ingin merebut jawatan tersebut terutamanya calon yang kurang berwibawa bertanding jawatan berkenaan.

Antara yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan