Rasuah seks JAIP tubuh jawatankuasa siasatan hari ini

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membentuk jawatankuasa bagi menyiasat kes habuan seks melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan dan rakannya.

Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata, mesyuarat hari ini akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut.

"Esok (hari ini) kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Minggu lalu Jamry berkata, pihaknya kan menyiasat semua pihak, termasuk wanita warga China dan lelaki bernama Mohamad Imran Abdullah, yang dikaitkan dalam pengakuan Zul bahawa beliau disogokkan dengan habuan seks yang disifatkannya "menerima kerana sedekah."

Siasatan itu bersangkut paut dengan laporan dibuat Zul dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail terhadap Mohamad Imran bulan lalu.

Kata beliau, jawatankuasa berkenaan akan meneliti peruntukan di bawah enakmen-enakmen Syariah bagi membolehkan jabatannya mengambil tindakan susulan.

Zul dan ahli perniagaan Fairul membuat laporan di Jabatan Agam Islam Perak terhadap Mohammad Imran yang didakwa mendorong mereka melakukan perbuatan berdosa itu melibatkan seorang wanita dari China di sebuah apartmen di Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.

Zul membuat kenyataan mengaku ada menerima habuan khidmat seks, tetapi disifatkannya sebagai "sedekah" telah diarah supaya melepaskan kedudukannya dalam majlis tersebut.

Mohamad Imran merupakan pengadu dalam kes rasuah Zul dan empat yang lain.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan