Muhyiddin sifatkan pandangan Shahidan dan Adnan satu yang signifikan

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pandangan pemimpin parti berkenaan terlalu ramai ingin merebut jawatan parti itu sebagai satu padangan yang signifikan dan perlu diberi perhatian.

"Melihat kepada respons daripada beberapa pihak yang menawarkan diri untuk merebut jawatan-jawatan tertinggi dalam parti, ramai menyatakan apakah ini menunjukkan Umno berada dalam keadaan sudah teruk sehingga seakan-akan tiada pemimpin lagi," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat ke-14 jawatakuasa bersama Malaysia-Australia di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa berkata calon-calon yang menawarkan diri sepatutnya perlu memikirkan tujuan dan matlamat sebenar mereka mahu bertanding mana-mana jawatan tertinggi dalam parti itu.

"Mereka yang nak bertanding kena fikir baik-baiklah. Kita tak sekat.Demokrasi memang diamalkan tapi siapa yang nak bertanding, kena fikir betul-betul apa tujuan dan matlamat dia bertanding," katanya.

Ditanya apakah pertandingan tersebut akan menjejaskan parti, Muhyiddin berkata:

“Mungkin saya di pihak yang ada kepentingan. Tapi bagi saya pandangan-pandangan tersebut perlu diambil kira.”

Semalam Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahan,g Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan tindakan ramai calon menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti akan memberi imej buruk kepada Umno kerana parti itu digambarkan seolah-olah menjadi tempat untuk memperjuangkan kepentingan peribadi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpendapat jawatan Timbalan dan Naib Presiden Umno akan menjadi rendah kedudukan dan martabatnya apabila ramai ingin merebut jawatan tersebut terutamanya calon yang kurang berwibawa bertanding jawatan berkenaan.

Antara yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno ialah, Naib Presiden, datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden pula menjadi rebutan ahli Majlus Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bekas Naib Presiden, Tan Sri Mohd Isa Samad, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shahidan sendiri.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan