Industri bioteknologi dijangka berkembang 22 peratus setahun

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri bioteknologi Malaysia yang kini bernilai RM1.3 bilion dijangka berkembang 22 peratus setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia perlu menggunakan kekuatannya dalam industri minyak sawit dengan memberi fokus kepada kaedah bioteknologi baru dan berdaya maju ekonomi bagi mengeluarkan bahan api yang boleh diperbaharui.

"Kilang penapisan bio berinovasi merupakan satu bidang strategik yang boleh dikaji," katanya pada mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi ketiga, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Abdullah berkata, dalam bidang bioteknologi pertanian, kerajaan akan terus menggalakkan aplikasi bioteknologi yang termasuk melaksanakan urutan genomik untuk menambah baik penghasilan tanaman.

"Bagi bidang bioteknologi kesihatan, Malaysia akan turut mempertingkatkan usaha dalam pengujian klinikal dan satu bidang yang bakal diceburi adalah melakukan profil genetik kependudukan dalam keadaan negara yang berbilang kaum bagi meningkatkan fokus ke atas perubatan pencegahan berbanding perubatan terapeutik.

"Dengan memberi fokus ke atas bidang berkenaan bermakna menetapkan semula fokus sumber kerajaan yang diperlukan. Langkah itu bermakna melakukan penyelarasan yang merentasi agensi-agensi kerajaan yang berkaitan ke arah mencapai kemajuan yang lebih pantas dalam bidang-bidang berkenaan," katanya.

Abdullah berkata, jumlah syarikat tempatan berasaskan bioteknologi yang ditubuhkan dan syarikat luar yang melabur untuk industri tersebut telah meningkat dan kini industri mempunyai 71 syarikat bionexus yang menyumbang kepada 1,000 pekerjaan.

Katanya, mesyuarat itu juga memberi penekanan terhadap pembangunan penyelidikan dalam memastikan negara mempunyai pengetahuan dan graduan yang mencukupi dalam bioteknologi.

"Jumlah graduan yang kita ada kini adalah 25,000 orang. Jumlah penyelidik juga meningkat dan sebahagian program sedang dijalankan untuk memperbaiki kapasiti sumber manusia.

Abdullah berkata, banyak pihak memuji Malaysia kerana mengambil usaha menambah baik persekitaran perlindungan harta intelek (IP) termasuk penubuhan mahkamah IP dan penguatkuasaan IP.

Bagaimanapun katanya, pembangunan ekonomi berasaskan bioteknologi merupakan satu usaha yang memerlukan komitmen jangka panjang.

Ketika ditanya mengenai kemudahan mendapatkan bahan api bio komersil di negara ini, Abdullah berkata, infrastruktur yang untuk tujuan itu perlu dibangunkan terlebih dahulu.

Katanya, menukar minyak sawit menjadi bahan api bio semasa harganya rendah adalah lebih menguntungkan.

"Penukaran minyak sawit menjadi bahan api boleh membantu kesemua pengeluar minyak sawit untuk mengekalkan satu paras pendapatan tertentu. Mereka boleh saling bertukar. Apabila harganya rendah, mereka boleh menggunakan bahan api bio. Jadi, bahan api bio akan mempunyai nilai tambah dan harganya akan kekal tinggi," katanya.

Sementara itu, Abdullah berkata, penyelidikan pokok kelapa yang mempunyai ciri yang sama dengan pokok kelapa sawit turut diberi perhatian dan kerajaan telah membelanjakan wang untuk memulihkan ladang kelapa.

"Terdapat nilai dalam pembangunan industri kelapa. Di masa depan, kita akan mempunyai industri kelapa yang berdaya maju dan menguntungkan kerana industri itu akan menjadi sebaik industri minyak sawit," katanya.

Katanya, setakat ini, antara produk bioteknologi yang boleh dikomersilkan dari negara ini adalah produk sains herba yang mempunyai 30 jenis produk.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan