Abdullah kecewa tindakan penyokong Hindraf di rumah terbukanya

Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang membuat kecoh pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.

Abdullah berkata, walaupun pada mulanya pihak polis tidak membenarkan mereka masuk ke dewan namun atas semangat Hari Raya, beliau dan menteri-menteri lain membenarkannya kerana majlis tersebut terbuka kepada semua.

"Bila saya dengar mereka (penyokong Hindraf) nak masuk, saya bincang dengan Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan kawan-kawan tentang pandangan mereka.

"Pandangan saya adalah mereka nak datang rumah terbuka dan tiada halangan pada mana-mana kumpulan untuk datang ucap selamat hari raya dan bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Kenapa saya nak halang sesiapa datang ke rumah terbuka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata Abdullah, penyokong Hindraf yang datang pada majlis tersebut tidak berminat untuk mengucapkan selamat hari raya malah ada yang melangkaui menteri-menteri termasuk Najib semasa sesi bersalaman.

"Saya dan lain-lain menteri menunggu untuk bersalam. Apa yang saya diberitahu oleh seseorang yang memerhati, adakah Pak Lah sedar hanya seorang daripada mereka yang mengucapkan selamat hari raya.

"Yang lain-lain saya dengar dengan jelas 'hapuskan ISA...lepaskan Hindraf'. Itu saja yang dia nak cakap dengan saya.

"Kemudian saya pergi sembahyang dan diberitahu ada kumpulan (Hindraf) lain kira-kira 70 orang (datang). Saya tiada di situ kalau ada antara mereka yang mengucapkan selamat hari raya," katanya.

Abdullah berkata, setakat ini tiada laporan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Hindraf tersebut. Ketika ditanya mengenai ISA yang digunakan di negara ini termasuk kepada ahli politik dan wartawan, Abdullah berkata, ada sebab-sebab yang baik mengapa ia dilaksanakan.

Katanya, terdapat negara-negara yang menggunakan undang-undang yang lebih keras dan setiap negara mempunyai caranya tersendiri untuk memastikan keselamatan negaranya terjamin.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan