Belum ada arahan adakan pertemuan Pak Lah dan parti komponen BN Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau masih belum menerima sebarang arahan berhubung mengadakan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

"Saya tidak tahu. Setakat ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan untuk mengadakannya (pertemuan)," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ketika ditanya sama ada pertemuan itu akan diadakan sebelum 9 Oktober ini, Tengku Adnan berkata, beliau juga tidak dapat memastikannya.

Khamis lalu, Abdullah berkata, beliau akan menetapkan satu tarikh selepas Aidilfitri untuk bertemu pemimpin parti komponen BN bagi menjelaskan kepada mereka mengenai rancangan peralihan kuasa.

Beliau mengakui ketika ini perbincangan mengenai proses itu hanya membabitkan Umno, tetapi sebagai pemimpin BN beliau juga perlu memaklumkan sebarang perkembangan kepada parti komponen lain.

Abdullah mengulas laporan media sebelum itu yang memetik beberapa pemimpin komponen BN mengeluh kerana tidak dimaklumkan mengenai perkembangan berhubung perubahan dalam rancangan peralihan kuasa itu.

Mengikut perancangan asal, Abdullah yang juga Presiden Umno, sepatutnya menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden Umno, sebelum Jun 2010.

Bagaimanapun, baru-baru ini, keputusan dibuat supaya tarikh peralihan kuasa itu didahulukan manakala perhimpunan agung Umno yang dijadualkan Disember ini ditunda ke Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan