Tee Keat dilihat pemimpin paling layak pimpin MCA

Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

[Dikemas kini] PETALING JAYA: Rakyat negara ini melihat Naib Presiden Datuk Ong Tee Keat, yang bertanding jawatan Presiden pada pemilihan bulan ini, sebagai pemimpin paling layak untuk mengetuai MCA.

Tinjauan pendapat umum kendalian pusat kajian Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan Menteri Pengangkutan itu menerima 40 peratus sokongan responden.

Calon cabaran beliau Datuk Chua Jui Meng, yang juga bekas Naib Presiden MCA, memperoleh enam peratus sokongan.

Pemimpin-pemimpin yang responden fikirkan layak ialah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menerima sembilan peratus; Datuk Dr. Fong Chan Onn (lima peratus), Datuk Dr. Ng Yen Yen (12 peratus).

Bagaimanapun Soi Lek bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan hadapi cabaran Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan manakala pemimpin-pemimpin berkenaan pula merebut kerusi Naib Presiden.

Tinjauan itu dikendalikan membabitkan 1,002 responden, pelbagai kaum, berusia 21 tahun ke atas bagi tempoh 11 hingga 22 September lalu.

Soalan berkaitan dengan pemilihan MCA merupakan antara beberapa aspek disoal dalam tinjauan berkenaan.

Kira-kira 52 peratus responden yang ditemui menyedari akan pemilihan pucuk kepimpinan MCA bulan ini.

Daripada 1,002 responden berkenaan, 55 peratus meupakan Melayu, Cina pula 36 peratus dan baki sembilan peratus kaum India.

Berhubung soalan sama ada pemimpin yang pernah berhadapan dengan isu skandal seks harus memegang jawatan dalam parti politik dan kerajaan, 56 peratus responden berpandangan tidak wajar mereka dalam kategori itu berbuat demikian.

Hanya enam peratus bersetuju pemimpin-pemimpin berkenaan tidak salah memegang jawatan parti politik dan kerajaan.

Malah, 42 peratus responden juga sangat tidak bersetuju dan 22 peratus lagi agak tidak bersetuju bahawa meminta maaf sahaja sudah cukup bagi seseorang yang pernah terlibat dalam skandal seks diterima sebagai pemimpin. Hanya lapan peratus sangat bersetuju yang mereka harus diberikan peluang untuk menjadi pemimpin selepas memohon maaf.

Di kalangan responden kaum Cina sahaja kadar yang sangat tidak bersetuju adalah 28 peratus manakala 16 peratus agak bersetuju.

Kira-kira 48 peratus responden tidak bersetuju seseorang yang bersara empat tahun lalu berupaya untuk memenuhi cabaran-cabaran dihadapi MCA dalam senario landskap politik semasa negara.

Seramai lapan peratus sangat bersetuju dan 28 peratus lagi agak bersetuju bahawa walaupun sudah bersara empat tahun lalu tetapi masih boleh memimpin parti itu untuk menghadapi cabaran semasa.

Mengenai tanggapan tentang personaliti, 30 peratus melihat Tee Keat sebagai positif berbanding 16 peratus sokongan diperoleh Yen Yen, Soi Lek dan Jui Meng masing-masing lapan peratus dan tujuh peratus diperoleh Chan Onn.

Tanggapan agak positif, Yen Yen mendapat sokongan terbesar iaitu 51 peratus, Jui Meng dan Chan Onn (49 peratus), Tee Keat (46 peratus) dan Soi Lek (38 peratus).

Pemilihan pucuk kepimpinan MCA berlangsung 18 Oktober ini.

Datuk Seri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Chan Kong Choy masing-masing tidak mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Selain itu, pemilihan kali ini dilihat sebagai sangat signifikan selepas parti itu merekodkan prestasi kurang memberangsangkan dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Jawatan Presiden ditandingi Tee Keat dan Jui Meng manakala kerusi timbalan pula menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu Ka Chuan, Soi Lek dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan