Keadaan Raja Petra biasa keluarga bertemu sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun sejak 23 September lalu, berada dalam keadaan "normal", kata isterinya yang menemui beliau sempena Aidilfitri pagi ini.

Marina Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau menemui Raja Petra kira-kira 45 minit pagi ini.

"Saya tiba di Kem (Tahanan) Kamunting pukul 7.30 pagi, mendaftar masuk pukul 8.30 pagi, dan menemui beliau pukul 9 pagi selama 45 minit," kata beliau kepada mStar Online.

Marina menambah, mereka hanya berpeluang berbual-bual di bilik kecil, bukannya di halaman pusat tahanan tersebut.

Beliau akan menemui Raja Petra sekali lagi esok kerana dibolehkan berbuat demikian selama dua hari sempena sambutan Aidilfitri.

Marina yang menemui Raja Petra bersama anak dan seorang saudara-mara berkata, penulis blog itu berada dalam keadaan normal seperti biasa.

"Nak kata baik tak juga, nak kata tak baik pun tak juga... dia OK, macam normal," kata Marina.

Ketika ditanya sama Raja Petra menyampaikan apa-apa pesanan, Marina berkata: "Tidak, cuma kami bertukar pandangan, bercakap mengenai perkembangan semasa di luar dan keadaan keluarga."

Semalam, Raja Petra memfailkan habeas corpus buat kali kedua di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Marina berkata, habeas corpus kali ini difailkan berhubung penahanan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Seksyen itu membolehkan beliau ditahan di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.

Pada 22 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah menahan Raja Petra mengikut Seksyen 8(1) ISA.

Habeas corpus sebelum itu difailkan mengikut Seksyen 73(1) ISA.

Raja Petra ditahan pada 12 Septemner lepas. Pada hari yang sama Ahli Parlimen DAP Seputeh, Terasa Kok, dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, turut diberkas mengikut ISA tetapi kedua-duanya telah pun dibebaskan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan