Ringkasan Harian AsiaNet

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

UMUM... HONG KONG: (ISC)2, pemimpin dunia yang tidak mencari keuntungan di dalam mendidik dan memperakui profesional keselamatan maklumat pada sepanjang kerjaya mereka, pada Isnin mengumumkan senarai penerima bagi Program Pencapaian Kepimpinan Keselamatan Maklumat Asia Pasifik (ISLA) kedua. http://www.isc2.org

NANORADIO WIFI... STOCKHOLM: Nanoradio pada Isnin mengumumkan bahawa penyelesaian "Always On WiFi" mereka telah dilancarkan secara komersial di dalam telefon 3G UMA dunia yang pertama. http://www.nanoradio.com

PERJANJIAN PENGEDARAN... MONTPELLIER: AwoX, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian rangkaian hiburan, pada Isnin mengumumkan penandatanganan satu perjanjian pengedaran dengan Network Technology Co., Ltd, yang berpangkalan di Jepun. http://www.AwoX.com

NOVAGALI MELENGKAPKAN... EVRY: Novagali Pharma, sebuah Makmal Perancis yang membuat pengkhususan di dalam oftalmologi, pada Isnin mengumumkan bahawa ia telah memperolehi EUR15 juta di dalam pusingan pembiayaan yang baru dengan penyertaan para pelabur syarikat. http://www.novagali.com

HKC DIPILIH... HONG KONG: HKC (Holdings) Limited telah dipilih sebagai sebuah saham konstituen di Indeks Komposit Hang Seng, Indeks Komposit Tanah Besar Hang Seng, Indeks Industri Komposit Hang Seng Hartanah & Pembinaan, Indeks Komposit Apungan Bebas Hang Seng dan Indeks Apungan Bebas Tanah Besar Hang Seng, berkuatkuasa dari 15 Oktober, 2008. http://www.hkcholdings.com

YAYASAN NEWMAN... WESTPORT, Conn.: Dalam mengenang kehidupan dan legasi Paul Newman, Naib Pengerusi Robert Forrester dari Yayasan Own Newman pada Sabtu mengeluarkan satu kenyataan dengan berkata: "Kebolehan Paul Newman adalah berlakon. Keghairahan beliau adalah berlumba kereta. Kecintaan beliau adalah keluarga dan rakan taulan beliau. Dan hati dan jiwa beliau dikhususkan kepada membantu menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik bagi semua orang." http://www.NewmansOwnFoundation.com http://www.HoleInTheWallCamps.org/

ANUGERAH SYARIKAT PENERBANGAN... BEIJING: Air China Limited pada Sabtu mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai "Syarikat Penerbangan China Terbaik" pada Anugerah Tahunan Pelancong Bisnes Asia Pasifik ke16.

KENYATAAN WEINSTEIN... NEW YORK: Weinstein Company pada Sabtu mengeluarkan satu kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Agung New York bahawa NBC Universal tidak boleh mempamerkan program mengenai Bravo dan bahawa NBC Universal perlu mengemukakan bon minimum sebanyak $20 juta.

MERCURIA MENANG... GENEVA: Mercuria Energy Trading S.A. dari Switzerland telah memenangi satu lelongan oleh Kerajaan Perbandaran Sao Paulo di Brazil bagi 713,000 kredit pengurangan pengeluaran yang disahkan (CER), yang mewakili bersamaan 713,000 tan metrik CO2. http://www.mercuria.com

WISEKEY UMUM... NEW YORK dan GENEVA: WISeKey pada Jumaat mengumumkan satu komitmen baru dengan tumpuan awal mensasarkan lebih 100 juta orang di wilayah Mediterranean yang masih belum diterokai tetapi sudah disambungan melalui suara dengan telefon bimbit mereka. http://www.wisekey.com

FANNIE MAE... WASHINGTON, D.C.: Fannie Mae akan menebus amaun prinsipal bagi tujuh terbitan sekuriti yang berjumlah AS$665 juta pada 6, 7 dan 8 Oktober, 2008 pada satu harga penebusan yang bersamaan dengan 100 peratus amaun prinsipal yang ditebus semula di samping faedah terakru. http://www.fanniemae.com

PENDAPAT POSITIF... INDIANAPOLIS: Jawatankuasa Eropah bagi Produk Perubatan untuk Kegunaan Manusia (CHMP) telah mengeluarkan satu pendapat positif yang mengesyorkan kelulusan Zypadhera (serbuk dan solven olanzapine untuk pengeluaran terampai berpanjangan bagi suntikan, juga dikenali sebagai suntikan olanzapine yang berpanjangan) untuk rawatan ke atas pesakit dewasa yang distabilkan secukupnya bagi skizofrenia semasa rawatan akut dengan olanzapine secara oral, demikian diumumkan Eli Lilly and Company (LLY) pada Jumaat. http://www.lilly.co.uk

KEPUTUSAN SUKU KEDUA... CLEVELAND: American Greetings Corporation (NYSE: AM) pada Jumaat mengumumkan keputusan suku kedua mereka bagi suku fiskal yang berakhir pada 29 Ogos, 2008. http://corporate.americangreetings.com http://investors.americangreetings.com BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan