866 tindakan penyitaan terhadap produk makanan mengandungi melamine

Diterbitkan: Ahad, 28 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 866 tindakan penyitaan telah dijalankan ke atas produk makanan di pasaran tempatan bernilai RM318,742.10 yang disyaki mengandungi melamine, kata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman hari ini.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi bijirin bernilai RM2,284.09, kekeras (RM6,469.30), konfeksi (RM236,099.33), produk coklat (RM34,397.11) dan susu (RM39,492.27). Katanya 994 produk makanan daripada 35 syarikat yang tidak terlibat dengan pencemaran melamine telah dikemaskini sehingga ke hari ini. Dalam satu kenyataan akhbar, beliau berkata sampel makanan telah diambil dan dianalisis oleh Jabatan Kimia bagi memastikan ia mematuhi standard sebelum dibenarkan untuk dijual di pasaran.

Katanya keputusan analisis bagi 10 lagi sampel produk makanan telah diperoleh dan kesemuanya mematuhi standard bagi melamine, ini menjadikan sampel produk yang telah dianalisis setakat ini sebanyak 26 sampel.

Beliau menasihati pengguna supaya tidak perlu risau mengenai melamine kerana kementerian telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini.

Katanya pengguna juga dinasihatkan supaya sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan di pasaran. Noraini berkata sekiranya masih ragu-ragu, pengguna boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di empat talian iaitu 03-88833655, 88833503, 88833652 dan 88833500. Talian ini, katanya dibuka dari 8 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum dan hari raya.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web http:fsq.moh.gov.my. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan