Ah Lek, beberapa ahli pengarah letak jawatan bantah lantikan Pengarah Urusan KTMB

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi KTM Bhd, Tan Sri Lim Ah Lek dan beberapa pengarah bukan eksekutif bebas sudah meletakkan jawatan pada mesyuarat hari ini, kata sumber yang boleh dipercayai.

Mereka dikatakan meletak jawatan sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan membatalkan keputusan awal melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Bhd., Datuk Idrose Mohamed sebagai Pengarah Urusan yang baru.

Laporan sebelum ini menyebut mereka mengancam melepaskan jawatan itu berikutan keputusan kerajaan melantik bekas Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Fret KTMB, Abdul Radzak Abdul Malek mengisi jawatan itu mulai 2 September menggantikan Datuk Mohd Salleh Abdullah.

Lembaga KTMB dikatakan tidak menyetujui keputusan Kementerian Kewangan membatalkan keputusan awal untuk melantik Idrose bagi jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak diketahui jumlah pegawai lain yang menyertai Lim, yang juga bekas Menteri Sumber Manusia, menyerahkan surat peletakan jawatan.

Pengarah bukan eksekutif Lembaga KTMB terdiri daripada Datuk Othman Abd Razak, Datuk Mani Usilappan, Puan Sri Aida Boey Abdullah, Datuk Wong Mook Leong dan Dr Kader Sultan Md Ismail.

Tiga pengarah KTMB lain membabitkan pengarah bukan eksekutif bukan bebas, Aniz Rizana Mohd Zainudin, Dr Ismail Jamaluddin dan Dr Aminuddin Hassim.

Pembatalan pelantikan Idrose merupakan keputusan pada saat-saat akhir dan pelantikan Abdul Radzak oleh Kementerian dibuat awal bulan ini.

Lembaga Pengarah KTMB ketika dihubungi enggan mengulas kerana mereka terikat dengan kerahsiaan syarikat.

Lim ketika dihubungi tidak menafikan atau mengesahkan beliau telah meletak jawatan.

Tiada pengumuman rasmi mengenai pelantikan Abdul Radzak setakat ini walaupun beliau menjalankan tanggungjawab itu sejak 2 September.

Abdul Radzak bersara daripada KTMB tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan