Kerajaan lulus dana tambahan RM100 juta sedia Rumah Mesra Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:Kerajaan hari ini meluluskan peruntukan tambahan RM100 juta bagi 2008 dan 2009 untuk melaksanakan projek perumahan di bawah skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan tersebut akan membolehkan sebanyak 1,500 unit RMR dibina di seluruh negara oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) iaitu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Beliau berkata, skim ini bertujuan membantu rakyat dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa kesukaran golongn ini mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan kerana tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi.

"Bagaimanapun, pemohon mestilah mempunyai tanah sendiri atau tanah saudara mara terdekat yang memberi kebenaran berkanun untuk menduduki tanah tersebut.

"Umur kelayakan pemohon pula adalah di antara 21 sehingga 65 tahun," katanya ketika sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Najib berkata, melalui skim itu, pemilik hanya menanggung dua pertiga daripada kos pembinaan rumah dalam bentuk pinjaman tanpa faedah berlandaskan konsep Al-Qardhul Hassan manakala satu pertiga lagi ditanggung oleh kerajaan.

"Pemilik hanya dikehendaki membayar RM150 sebulan untuk tempoh 23 sehingga 29 tahun,” katanya.

Katanya, rumah yang berkeluasan antara 700 hingga 900 kaki persegi turut dinaikkan di antara RM70,000 bagi Semenanjung hingga RM80,000 di Sabah dan Sarawak daripada sebelum ini RM55,000 (Semenanjung) hingga RM76,000 (Sabah dan Sarawak) berikutan kos yang telah meningkat.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan 2002, sebanyak 6,551 unit RMR dengan kos RM310 juta telah siap dibina dan diserah kunci kepada pemiliknya manakala 6,263 unit lagi dengan kos RM425 juta sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang Mac depan.

"Kerajaan berharap peruntukan tambahan ini akan membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat terutama di kawasan luar bandar seterusnya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, negara masih berada pada landasannya untuk mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.7 peratus.

“Kita masih berada di landasan untuk mencapai 5.7 peratus pertumbuhan seperti yang dianggarkan Jabatan Perbendaharaan atau 5.5 peratus yang dianggar Bank Negara.

“Kita harap tidak ada lagi berita-berita buruk di Amerika Syarikat yang akan memberi kesan kepada ekonomi global,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan