Pakatan: BN-BBC minta anggotanya bincang sebelum buat laporan BPR, polis

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC) dinasihatkan agar tidak membuat aduan terus kepada pihak polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika menerima tawaran dari mana-mana pihak untuk menyertai pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN-BBC, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, langkah sedemikian bertujuan bagi membolehkan penelitian yang mendalam dibuat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

"Saya harap anggota BN-BBC tidak terus buat laporan.

"Jika wujudnya sebarang kes kita akan bawa berbincang dalam mesyuarat dahulu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau, pelbagai aspek perlu diberi perhatian sebelum laporan kepada pihak berkuasa dibuat.

Katanya lagi, hingga kini BN-BBC tidak menerima aduan terbaru daripada ahli-ahlinya berhubung apa jua tawaran daripada wakil-wakil pembangkang.

Mengulas mengenai sasaran terbaru Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru iaitu pada 1 Oktober depan, beliau menghormati sasaran mereka itu.

"Saya hormati tarikh keramat yang mereka tunggu-tunggu itu. Tapi kalau pada 1 Oktober ini tidak jadi juga (peralihan kuasa), maka saya harap mereka semua boleh letak jawatan.

"Bagi peluang kepada orang lain untuk buat kerja kerana mereka sudah banyak kali berbohong," katanya.

Menurut beliau, keyakinan rakyat pada ketika ini semakin pudar kerana Pakatan Rakyat sering gagal menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat yang kononnya akan membentuk kerajaan baru.

Ditanya jika dalam tempoh seminggu sebelum 1 Oktober Pakatan Rakyat akan cuba sedaya upaya untuk memancing Ahli Parlimen BN dengan membuat sebarang tawaran, beliau berkata, anggota BN tidak akan mudah terpengaruh.

"Saya sedia memberi jaminan bahawa Ahli Parlimen BN tidak akan terpikat dengan tawaran-tawaran mereka itu," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan