Pak Lah nafi sudah ada pertemuan dengan Pakatan

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ABDULLAH Ahmad Badawi (tengah) mengumumkan Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan yang baru (kiri) sambil diperhatikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mula mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Ekonomi 2008 di Putrajaya pagi ini. - foto The Star oleh ROHAIZAT MD. DERUS
ABDULLAH Ahmad Badawi (tengah) mengumumkan Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan yang baru (kiri) sambil diperhatikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mula mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Ekonomi 2008 di Putrajaya pagi ini. - foto The Star oleh ROHAIZAT MD. DERUS

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

"Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Beliau mengulas laporan agensi berita AFP hari ini bahawa pertemuan sudah mula diadakan di antara wakil Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat berhubung perkara berkenaan.

Laporan itu memetik Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bahawa sudah ada usaha awal ke arah itu.

"Itu adalah laporan paling gila yang pernah saya dengar. Kamu perlu fikir dahulu sebelum membuat laporan sedemikian," katanya.

Pagi ini ketika dihubungi mStar Online Tian berkata, pihaknya akan menggerakkan usaha sedemikian dalam waktu terdekat sama ada untuk membentuk kerajaan baru atau mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan