Fazura: 'Keputusan dibebaskan mahkamah hadiah hari jadi saya'

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fazura (kiri) tersenyum ceria di samping Cheryl Samad selepas dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah. - foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Fazura (kiri) tersenyum ceria di samping Cheryl Samad selepas dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah. - foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

(Dikemas kini)PETALING JAYA: Pelakon Nur Fazura Sharifuddin dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini daripada tuduhan mencederakan seorang suri rumah di sebuah bar di sini empat tahun lalu.

Fazura, 24, mengalirkan air mata sebaik sahaja Majistret Aizatul Akmal Maharani membacakan keputusan itu.

"Saya rasa gembira dan bersyukur sebab semuanya dah berakhir. Memang saya tak sangka akan menang dalam kes ini. Sebelum itu, saya sudah bersedia untuk menerima apa-apa sahaja keputusan yang akan diberikan nanti.

"Selepas mendengar majistret membacakan keputusan itu, saya dah cuba untuk menahan diri sendiri, namun perasaan lega dan gembira saya lebih mengatasi segala perasaan yang saya rasa sebelum itu. Jadi, sebab itu saya menangis sebab terlalu gembira," luah Fazura.

Bertanya tentang perancangan pelakon utama filem dan drama bersiri Gol & Gincu itu selepas ini, dia akan mengadakan kenduri kesyukuran.

"Pada Sabtu ini juga adalah ulang tahun hari jadi saya yang ke-25. Jadi, kemenangan ini merupakan hadiah hari jadi dan Hari Raya yang paling bermakna buat saya!" ujar Fazura ceria ketika dihubungi.

Berita gembira itu turut dikongsi bersama-sama ibu, abang, dan adiknya, pelakon dan pengacara Cheryl Samad serta empat kawannya yang lain.

Kata Fazura, kes tersebut merupakan kejadian pertama yang berlaku dalam hidupnya dan diharapkan yang terakhir juga bagi dirinya.

"Benda-benda macam ni kita tak tahu sama ada akan berlaku lagi atau tidak. Tetapi saya akan lebih berhati-hati selepas ini," akhiri Fazura.

Fazura dituduh mencederakan Geraldine Mariana Wong, 33, di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini pada 1.20 pagi 19 Disember 2004.

Perbicaraan yang berjalan sejak 22 Ogos 2006 melibatkan keterangan lima saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

Fazura telah diarah membela diri pada 7 Disember lalu.

Aizatul dalam penghakimannya berkata, Fazura telah memberi keterangan bahawa setelah kejadian kali pertama dengan pengadu di dalam pub tersebut, pelakon itu telah beredar keluar dari pub, dan semasa itu, pengadu telah datang dari arah belakang tertuduh dan menarik rambut tertuduh dengan kuat.

"Kamu dalam kesakitan dan cuba melepaskan diri dengan menghayunkan kasut yang dipegang di tangan kanan ketika pengadu berada di belakang tertuduh.

"Dengan ini, mahkamah menerima penjelasan tertuduh, dan seterusnya pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes keraguan munasabah," katanya.

Fazura diwakili peguam Fakrul Azman Abu Hassan dan pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor R. Rukumar.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan