Biro Pengaduan Awam akan kaji semula peruntukan makanan bagi tahanan

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Biro Pengaduan Awam (BPA) akan mengkaji semula peruntukan makanan yang diberikan kepada semua tahanan termasuk yang belum didapati bersalah, telah dijatuh hukum dan pendatang tanpa izin jika didapati peruntukan sedia ada tidak mencukupi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berkata, setakat ini, beliau tidak pasti jumlah peruntukan sebenar bagi tahanan lokap tetapi jumlah tidak rasmi yang diberitahu kepada beliau adalah RM5.80 sehari.

“Jika jumlah itu betul untuk makan pagi, tengah hari dan malam, ia memang tidak cukup memandangkan pembekal (makanan) tidak boleh memberi dengan harga murah memandangkan harga barang sudah naik.

“Jika ini peruntukan lama dan tidak dinaikkan mengikut kadar semasa, kita akan lihat dan cadangkan supaya ia dinaikkan untuk semua ,” katanya semasa sidang media selepas perjumpaan kira-kira satu jam dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di pejabatnya di sini, yang sebelum ini tidak puas hati dengan menu makanan yang dihidangkan kepadanya sepanjang tujuh hari ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, beliau akan mengarahkan pegawainya menyiasat peruntukan tersebut dalam masa seminggu dan laporan siasatan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Murugiah berkata, beliau juga akan menyiasat senarai menu makanan yang diberikan Teresa.

Katanya, Teresa merupakan tahanan politik dan masih belum didapati bersalah justeru Teresa tidak boleh dilayan seperti orang yang sudah dijatuhkan hukum.

Sementara itu, Teresa menafikan yang beliau menyamakan makanan yang diberikan kepadanya dalam tahanan seperti 'makanan anjing' seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

“Ketika ditanya pemberita semasa sidang media selepas dibebaskan berhubung layanan kepada saya semasa dalam tahanan, saya berkata, bilik itu kecil dan makanan tidak sedap, lebih baik sedikit dari makanan anjing,” katanya

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya terhadap akhbar terbabit yang dikatakan cuba memuatr belitkan kenyataannya.

Teresa berkata, beliau tidak dapat mengingati semua menu yang dihidangkan tetapi sepanjang tujuh hari ditahan, hanya sekali sahaja beliau diberi dua keping ayam dan ikan kembung tengah hari dan malam sebanyak dua kali.

“Sepatutnya (makanan) lebih baik daripada yang dibekalkan dan diet yang seimbang seperti sayuran dan daging,” katanya yang mengakui makanan yang dihidangkan tidak memenuhi nutrisi.

Katanya, sepanjang ditahan, beliau berjumpa dengan doktor sebanyak dua kali dan turut dibekalkan dengan makanan tambahan termasuk Vitamin C dan B Complex.

Teresa turut mengakui beliau tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dalam lokap.

“Macam saya ada program dari pagi sampai malam. Siapa yang boleh sesuaikan diri dalam bilik enam kaki kali lapan kaki. Tidak akan ada orang yang boleh,” katanya.

Katanya, beliau adalah seorang tahanan politik dan bukan penjenayah, justeru tidak sepatutnya beliau dikurung di dalam sebuah sel kurungan persendirian yang berukuran enam kali kali lapan kaki yang memang dikhususkan untuk penjenayah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan