Lompat Pakatan: PKR mahu MP BN ditawar wang buat laporan BPR

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mendakwa mereka ditawarkan wang untuk menyertai Pakatan Rakyat agar melaporkannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sambil mengakui pernah menawarkan kedudukan dan jawatan dalam kerajaan, Naib Presiden PKR, Sivarasah Rasiah berkata, biar BPR menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan laporan yang diperkatakan itu.

“Kami tak mampu nak beli Ahli-ahli Parlimen BN... bagaimana nak beli mereka?” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Siong membuat laporan polis berhubung kenyatannya mengenai ahli Parlimen BN yang ditawar sejumlah wang untuk melompat parti.

Sivarasah berkata, beliau menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Tiong itu sebagai tidak benar.

“Pakatan Rakyat punya prinsip yang jelas, kami tidak pernah menawarkan mana-mana Ahli Parlimen yang akan melompat parti sebarang ganjaran berbentuk wang,” katanya.

“Biar polis dan BPR menyiasat. Kami juga mahu tahu siapa yang punya banyak wang dan menawarkannya kepada Ahli Parlimen berkenaan,” katanya.

“Kami tidak nafikan ada menawarkan jawatan dalam Kabinet. Ia satu proses perundingan yang normal dalam politik,” tambah beliau.

Hari ini, News Straits Times memetik Tiong mendakwa terdapat tiga Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak ditawarkan sejumlah wang jika mereka bersetuju untuk melompat parti.

Jelasnya, mereka turut ditawarkan jawatan dalam Kabinet baru Pakatan Rakyat.

Tiong berkata tiga ahli Parlimen berkenaan akan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Beliau bagimanapun enggan mendedahkan nama Ahli Parlimen berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan