Gubal akta hubungan kaum disambut baik tapi peranan ahli politik penting

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu hubungan kaum menjadi faktor yang agak kritikal sehingga perlu diberi perhatian akhir-ahkhir ini.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, kerajaan akan menggubal satu akta hubungan kaum sebagai panduan kepada rakyat untuk memelihara dan mengukuhkan hubungan masyarakat pelbagai kaum.

Rata-rata penganalisis politik yang dihubungi meyambut baik penggubalan akta tersebut.

Pensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, ia merupakan satu langkah yang bijak dibuat oleh pihak kerajaan.

“Saya lihat ia satu langkah yang bijak bagi membendung isu kaum ini menjadi lebih kritikal di masa hadapan,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Jelasnya, langkah tersebut penting bagi memelihara hubungan kaum di negara ini.

Namun demikian, Ahmad berkata, isu-isu kaum yang timbul lewat kebelakangan ini banyak dikeluarkan oleh ahli-ahli politik.

Tambahnya, akta yang akan diwujudkan itu sepatutnya ditujukan juga kepada ahli-ahli politik.

“Saya lihat mereka ini yang paling banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur perkauman. Jadi mereka juga patut dipantau dengan akta berkenaan,” katanya.

Ahmad berkata, isu-isu perkauman ini dimainkan oleh individu-individu tertentu kerana punya agenda politik tertentu.

“Saya ahli politik yang gunakan isu perkauman ini punya agenda tertentu dalam karier politik mereka,” katanya.

Dengan mengambil contoh isu bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, beliau berkata, isu sensitif seperti melabelkan kaum tertentu sebagai pendatang boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius seperti apa yang terjadi pada 16 Mei 1969.

“Ahli politik sepautnya bersikap matang dan mengkaji baik buruk daripada apa yang mereka perkatakan. Isu perkauman sesuatu yang serius kerana kita sebuah negara majmuk,” ujarnya.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berpendapat penggubalan akta berkenaan jelas menggambarkan berlakunya kemerosatan hubungan kaum di negara ini.

“Kita dapat lihat dengan jelas kerajaan terpaksa mewujudkan akta berkenaan kerana telah berlaku kemerosotan hubungan antara kaum akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau menyifatkan individu yang menggunakan isu perkauman sebagai modal politik murahan.

“Individu yang menggunakan isu perkauman ini hanyalah mereka yang inginkan publisiti murahan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menyokong penggubalan akta berkenaan kerana menurutnya akta itu mampu mengawal individu tertentu agar tidak mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman.

Jelasnya, kenyataan seperti itu boleh mengganggu gugat keharmonian serta perpaduam kaum di negara ini.

“Kita tidak boleh membiarkan isu perpaduan kaum ini berlarutan kerana ia tidak baik untuk kestabilan politik negara di masa hadapan,” katanya.

“Secara peribadi saya menyokong tindakan kerajaan menggubal undang-undang berkenaan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan