Anwar nafi kandungan surat kepada Abdullah tiada kandungan peralihan kuasa secara aman

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menafikan kandungan surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam tidak mengandungi perbincangan mengenai peralihan kuasa secara aman.

Menurut Anwar, surat yang dihantar kepada Perdana Menteri itu sememangnya ada menyatakan perbincangan mengenai proses peralihan kuasa kerajaan secara aman.

Tambahnya, surat tersebut telah mendapat persetujuan bersama pemimpin peringkat tertinggi Pakatan Rakyat.

“Mereka yang telah menandatanganinya adalah Presides PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan saya sendiri mewakili Parti Keadilan Rakyat,” katanya dalam satu ceramah di rumahnya malam tadi.

“Saya menafikan apabila Perdana Menteri, kata saya berbohong, saya sudah tunjuk surat tersebut kepada wartawan dalam sidang media petang tadi,” katanya.

Anwar dengan tegas mengulangi kenyataannya bahawa beliau mempunyai jumlah penyertaan ahli parlimen Barisan Nasional yang cukup untuk mengambil alih kuasa.

Kelmarin - pada 16 September - Anwar yang dikatakan bakal mengumumkan senarai Ahli Parlimen BN yang sedia melompat parti berkata, beliau sudah ada bilangan wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Beliau bagaimanapun mendakwa mereka tidak mahu identiti mereka didedahkan pada masa sekarang bagi mengelakkan mereka daripada diganggu dengan pelbagai ancaman.

"Saya telah kata, kita ada senarainya, dan akan berkongsinya dengan Perdana Menteri. Jika gagal, kita akan ke Parlimen. Apa lagi yang anda mahu saya buat? Anda mahu saya menamakan mereka dan biarkan mereka diganggu?," katanya.

Tambah Anwar, ahli Parlimen BN berkenaan telah meminta beliau supaya jangan mengumumkan nama mereka buat masa ini.

Beliau menegaskan bahawa ahli Parlimen yang akan melompat parti itu mahu jaminan keselamatan mereka sebelum nama mereka didedahkan.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu menegaskan beliau tidak boleh tunggu sehingga 13 Oktober apabila sidang Parlimen disambung semula kerana keadaan politik dan ekonomi negara tidak mengizinkan untuk menunggu sehingga tarikh tersebut.

"Berapa lama anda boleh tunggu? Apakah visi baru dan rancangan ekonomi untuk masa ini? Sebarang kerajaan yang bertanggungjawab harus sekurang-kurangnya mempunyai satu pasukan petugas untuk menangani krisis ekonomi,” katanya.

Petang tadi dalam satu sidang akhbar Anwar berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

Jelasnya, surat tersebut dihantar apabila Perdana Menteri enggan menemui beliau dan kepimpinan Pakatan Rakyat bagi membincangakan soal peralihan kuasa secara aman.

"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.

"Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tiada sebab untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Jelas mereka (kerajaan) tiada pilihan lagi, mereka sudah terdesak untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing" katanya.

Sebaliknya,Anwar menegaskan Perdana Menteri, seharusnya memberi tumpuan kepada masalah politik dan ekonomi.

Semalam Perdana Menteri, menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Menurut Abdullah, ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu.

Dalam pada itu, kira-kira 250 orang hadir di majlis berbuka puasa bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Terdahulu, petang tadi Biro Wanita PKR Pusat menyampaikan sumbangan zakat dan sedekah kepada 150 orang golongan kurang upaya, anak yatim, golongan miskin dan ibu tunggal di sekitar Selangor dan Wilyah Persekutuan.

Sumbangan disampaikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikedimannya di Bukit Segambut hari ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan