Bapa Didakwa Larikan Anak Ada Hak Jagaan - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 9:13 AM

Izwan Abdullah, 31, yang sudah memeluk Islam memperoleh hak penjagaan dua anaknya daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun lepas.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis tidak akan menyiasat mengenai seorang lelaki yang didakwa melarikan anaknya yang berusia enam tahun dari rumah bekas isterinya walaupun perintah Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan dua anak mereka kepadanya.

Perkara ini kerana Izwan Abdullah, 31, yang memeluk Islam memperoleh hak penjagaan daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Supt Setapa Yusof berkata, polis terpaksa mematuhi arahan kedua-dua mahkamah.

Mahkamah Syariah sebelum ini menganugerahkan Izwan yang sebelum ini dikenali sebagai N. Viran hak jagaan anak lelakinya berusia enam tahun serta anak perempuan yang berusia sembilan tahun.

"Setakat apa yang pihak kami mengambil maklum, kita tidak boleh menyiasat Izwan kerana dakwaan melarikan anaknya. Kita perlu menghormati dan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua mahkamah," katanya kepada The Star.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi di sini memberi hak penjagaan kedua-dua kanak-kanan berkenaan kepada S. Deepa, 31, iaitu ibu kandung mereka.

Mahkamah itu juga membenarkan permohonan Deepa untuk membatalkan perkahwinan mereka kerana Izwan, yang kini bekerja dengan Yayasan Kasih Sayang, telah memeluk Islam.

Sementara itu Deepa melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui pihak polis tidak akan menyiasat dakwaan melarikan dua anaknya itu.

"Saya sangat bimbangkan anak lelaki saya," katanya sambil memberitahu bahawa ibu bapanya kini berpindah tinggal bersamanya sejak kejadian itu.

Tambah Deepa, beliau kecewa dengan pendirian polis dan menyifatkannya sebagai tidak adil.

"Bagi saya, perkahwinan saya telah didaftarkan melalui proses sivil. Ia tiada kaitan dengan Mahkamah Syariah atau undang-undang Islam.

"Saya tidak tahu tentang perintah yang diperoleh oleh bekas suami saya dan saya juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Syariah. Saya tidak tahu sama ada saya boleh pergi ke Mahkamah Syariah ataupun tidak," katanya.

Deepa yang berkahwin dengan Izwan pada 2004 pernah memberitahu The Star pada Jun tahun lalu bahawa suaminya itu keluar meninggalkan keluarga pada Februari tahun sebelumnya.

Beliau mendakwa bahawa pada April tahun lepas, Izwan membawa kedua-dua anak-anak ke Pusat Dakwah Islam di sini tanpa pengetahuannya dan menukar agama mereka kepada Islam.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan