Suami isteri dituduh curi pakaian di kedai dobi - Berita Mahkamah | mStar

Suami isteri dituduh curi pakaian di kedai dobi

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 12:20 PM

Mengikut kertas pertuduhan pasangan itu dituduh mencuri pakaian milik seorang warga Thailand. (Gambar Hiasan)

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencuri pakaian di sebuah kedai dobi di pekan Simpang Empat, Arau, Ahad lepas.

Muhammad Razaidi Ishak, 51, dan Nor Fardiana Zainal, 19, yang menetap di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat, Arau, dituduh secara bersama melakukan perbuatan itu di Kedai Washupp Dobi di pekan Simpang Empat.

Muhammad Razaidi yang bekerja sendiri dan isterinya, seorang suri rumah, dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan membenarkan mereka diikat jamin RM3,000 tiap seorang dan menetapkan 7 Disember ini untuk mendengar kes itu.

Mengikut kertas pertuduhan pasangan itu secara bersama dituduh mencuri pakaian milik Mahwee Duemalee, seorang warga Thailand di kedai berkenaan pada pukul 6.30 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad menjalankan pendakwaan.- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan