Sebutan semula kes pengubahan wang haram isteri bekas PM bulan depan - Berita Mahkamah | mStar

Sebutan semula kes pengubahan wang haram isteri bekas PM bulan depan

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2018 11:19 AM

Rosmah didakwa melakukan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan kes melibatkan isteri bekas isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah didakwa melakukan 17 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan peguam Rosmah memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah atas status permohonan mereka untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Ketua pendakwaraya Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa semua dokumen berkaitan kes telah diberikan kepada pihak pembelaan.

Sementara itu, ketua peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran berkata, kira-kira 600 dokumen telah disampaikan kepada mereka pada 30 Oktober.

Beliau kemudian mencadangkan tempoh sebulan sebelum tarikh sebutan untuk membolehkannya mendapat arahan daripada anak guamnya.

"Kami mahu mendapat arahan daripada anak guam kami sebelum boleh memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

"Kami akan memfailkannya secepat mungkin," kata Kumaraendran sambil menambah bahawa mereka masih belum menerima satu lagi dokumen iaitu penyata bank.

Hakim Azura bersetuju membenarkan penangguhan selama sebulan dan menetapkan 6 Disember bagi pihak pembelaan memberi maklumat mengenai permohonan itu. - The Star

Tags / Kata Kunci: Rosmah Mansor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan