Padah seksa enam kucing! - Berita Mahkamah | mStar

Padah seksa enam kucing!

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2018 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyelaras syarikat logistik didakwa di Mahkamah Sesyen dekat sini kerana menyeksa enam kucing enam bulan lalu dengan tiga daripada mati.

Nur Atikah Dzolkipli, 27, dituduh mengakibatkan penyeksaan tidak munasabah terhadap kesemua kucing itu di sebuah rumah di Taman Sri Sinar, Segambut dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 17 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nur Atikah minta dibicarakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor pada Jumaat.

Pegawai pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan, Hasiah Musa menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000.

Nur Atikah kemudian meminta agar ikat jamin itu dikurangkan dengan memberitahu dia mempunyai masalah kewangan dan perkahwinan.

Manira menetapkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 14 November depan.

Tags / Kata Kunci: kucing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan