Pengetua Maktab Mahmud Pendang didakwa salah guna kuasa - Berita Mahkamah | mStar

Pengetua Maktab Mahmud Pendang didakwa salah guna kuasa

Diterbitkan: Selasa, 2 Oktober 2018 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengetua Maktab Mahmud Pendang mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa kerana mengarahkan penambahbaikan struktur sekolah diberikan kepada firma adiknya Perniagaan MZ Nadi Cahaya Enterprise dan firma lain, Perniagaan Alir Kuasa Enterprise.

Tujuh projek itu dijalankan antara 13 Jan 2015 dan 18 Julai 2016 dengan kos keseluruhan sebanyak RM23,763.

Tertuduh, Rafida Ramli, 46, dari Alor Setar, ditemani oleh suaminya, Ustaz Ahmad Yahya, yang merupakan ketua maklumat PAS negeri.

Tertuduh ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kira-kira pukul 10.00 pagi 5 September di ibu pejabat SPRM negeri ketika dia hadir membantu siasatan.

Rafida kemudian dibebaskan pada hari yang sama.

Pengetua tersebut didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama dan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sebanyak lima kali ganda jumlah rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Ketika tuduhan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Sesyen 2 Azman Abu Hassan, Rafida mengangguk. - The Star

Tags / Kata Kunci: salah guna kuasa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan