Janda tawar khidmat seks di Terengganu bakal dihukum sebat - Berita Mahkamah | mStar

Janda tawar khidmat seks di Terengganu bakal dihukum sebat

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2018 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita mungkin berdepan hukuman sebatan rotan enam kali selepas mengaku bersalah di atas kesalahan cuba menawarkan khidmat seks di sebuah hotel di sini.

Janda berumur 30 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Hakim, Rosdi Harun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Ahad.

Menurut pendakwaan, pasukan penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan seorang wanita sedang menawarkan khidmat seks kepada seorang lelaki di sebuah bilik hotel pada kira-kira pukul 11.45 malam, 17 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 dan berdepan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, atau denda tidak melebihi RM5,000, atau enam sebatan rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu memohon agar hukumannya diringankan kerana tidak mampu membayar denda.

Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menerima sebarang sokongan kewangan daripada bekas suami.

Rosdi akan memutuskan hukuman tersebut pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: sebat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan