Rayuan isteri bunuh pengurus bank didengar - Berita Mahkamah | mStar

Rayuan isteri bunuh pengurus bank didengar

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2018 8:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin menangguhkan sehingga 18 Oktober untuk mendengar rayuan yang difailkan Ling Hang Tsyr, isteri pengurus bank yang mati dibunuh, Wong Jing Kui, yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas dia didapati bersalah bersubahat dalam pembunuhan suaminya itu, enam tahun lepas.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel tiga hakim menangguhkan pendengaran rayuan itu berikutan keputusan seorang daripada anggota panel, Ravinthan N.Paramaguru., untuk mengundurkan diri daripada kes rayuan itu. 

Lapor Bernama, seorang lagi hakim ialah Harmindar Singh Dhaliwal.

“Kami bersedia dan kami percaya timbalan pendakwa raya juga bersedia tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Hakim Ravinthran turut terlibat dalam kes penjagaan anak perayu dan beliau mahu mengundurkan diri daripada mendengar kes rayuan ini,” kata peguam Roger Chin, yang mewakili perayu  Ling Hang Tsyr, kepada pemberita di luar mahkamah.

Dua lagi peguam bagi perayu ialah Lim Heng Choo dan Steven Chia Sia.

Pada 17 Oktober tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Sibu Datuk Norcahaya Arshad menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Ling selepas mendapatinya bersalah.

Wanita itu, yang ditahan di Penjara Kuching sementara menunggu rayuannya didengar, didakwa bersama-sama individu Andrew Tiong King Guan mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan