Mahkamah Koroner mohon maaf tidak izin wartawan tempatan naik sekali - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Koroner mohon maaf tidak izin wartawan tempatan naik sekali

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2018 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner memohon maaf kepada pihak media kerana hanya membenarkan media asing untuk mengikuti koroner Mahyon Talib dan pasukan mahkamah lain melawat lokasi kejadian mayat model Belanda Ivana Esther Robert Smit (gambar) ditemukan maut.

Timbalan pendakwa raya N. Joy Jothi dan peguam Sankara Nair membuat permohonan maaf sebelum koroner Mahyon kerana berasa adalah tidak adil untuk berbuat demikian.

Wartawan asing dibawa melawat lokasi kejadian di tingkat enam dan 20 CapSquare Residences iaitu kawasan terakhir mangsa dilihat.

Pada Rabu, seorang pegawai penyiasat memaklumkan pemberita tempatan yang terdiri daripada The Star, Utusan Malaysia dan Bernama di lif lobi kondominium tersebut bahawa mereka tidak dibenarkan ikut bersama.

Mereka hanya dibenarkan menunggu di ruang lobi.

Sankara yang mewakili keluarga mangsa berkata, mereka tidak tahu bahawa wartawan tempatan dihalang untuk turut serta.

"Kami minta maaf. Klien saya tidak sedar bahawa wartawan asing yang ikut mereka naik ke atas.

"Saya dah bercakap dengan pihak berkaitan dan mereka memaklumkan mereka telah melakukan kesilapan," katanya ketika perbicaraan inkues bersambung semula pada pukul 2.45 petang Jumaat.

Inkues tersebut dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kematian Ivana.

Mangsa jatuh dari balkoni sebuah unit kondominium di Dang Wangi pada 7 Disember lalu sehingga menyebabkan maut.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan